Korean Food

Bismillah. 

Boleh pergi lagi Gaya Restaurant, Maadi nih weyh. 

Untuk orang yang macam aku yang nak sangat makan makanan macam Lee Min Ho makan dalam kdrama, boleh la bertandang ke sini. 

Sedap, kena dengan selera tekak, banyak, kenyang dan puas hati. Dijamin halal yang pastinya sebab depa asingkan masakan untuk owg Muslim dari non Muslim. 
Tadaaa ~ bibimbap: Rice + vege + meat + egg. 

Orang yang suka sayur macam aku akan rasa heaven gila namatey sebab sumpah sedap dan banyak gila side dishes dia yang fully sayur. 6 mangkuk kecil full dengan sayur. Boleh makan sampai muntah k kalau nak.

Untuk orang yang tak suka makan sayur boleh la start makan sayur kat sini pelan2. Sihat sgt makanannya.
Tempat: Gaya Restaurant, Maadi, Mesir

Boleh google lokasi dan menunya. Ada macam2 jenis. Daging barbeque yang kami share pon sedap. Sedap gila. Maybe sebab aku peminat setia daging kot haha. Kalau tak, kengkawan tak gelar aku gumiho la weyhh 😂

Syessly takley nak gambarkan lah apa perasaan bila boleh kunyah daging. Release suma stress. Nasib baik gigi molars (geraham) aku kuat 😂

Still, Ikan – first ranking makanan yang aku suka. Followed by daging then baru ayam. Ayam last sekali. Haha. Sorry guys. Aku memang pelik. 

Untuk orang2 kat Mesir, memang sangat berbaloi restaurant nih. Kalau bosan asyik2 makan makanan melayu, sekali2 nak ubah selera dan angin boleh la berkunjung ke sini.  

Thanks Nur Imanina and Nur Syazana. 

Nak pergi lagi sekali before balik Malaysia. InsyaAllah.

Okay guys. See you. 

Advertisements

Makan apa hari nih ?

Bismillah. Assalamualaikum. 

Hello guys, sihat ke ?
NW: You makan apa hari nih, dikjaa ?

NA: Kenyang dah makan hati. 

NW: Allahhhh, sedihnya lahh. 

Aku taktawu lah apa nilai dan maksud persahabatan bagi uolls. Sebab bagi aku sendiri, makin aku besar, makin aku nampak apa itu kawan apa itu lawan. Siapa yang ada time aku senang, siapa yang aku ada time susah. 

Time kita gelak ketawa haha huhu hihi hehe ramai yang join. Tapi bila kita terkebil2 dalam kesusahan, sorang dua saja yang muncul hulurkan bantuan. 

Persahabatan ialah satu hubungan yang kita akan jaga sampai hujung nyawa. Biar susah senang kita harungi bersama. Jatuh bangun pon bersama. 

Au susah nak sayang orang, once aku sayang. Aku sayang gila. Ayat nih dah jutaan kali aku sebut kat kengkawan aku. Haha. Dan bila aku marah, aku marah sampai nangis2 sedu sedan. Marah aku sampai tawar hati. Bagi aku ruang dan dont talk to me sampai lah tibanya masa untuk kita bercakap. Haham ayat patah hati bhai. 
Pernah sekali dulu, aku krisis rumahtangga ngan rumet aku sampai 2 bulan tak cakap (standard perempuan ahh haha). Taktawu apa dan bagaimana hosmates lain boleh tawu, sampaikan semua orang ada bad impression dekat aku. 

Aku ada problem ngan sorang ja, dah kenapa satu rumah nak pandang serong kat aku ? Aku jenis yang…kalau aku gadoh/ada problem ngan someone. Aku TAK kan hasut orang lain untuk bergadoh dengan that person. Kalau ang dah rasa, orang tak bercakap ngan ang sebab aku. Ang punya pasal. 

Ada jugak baru2 nih, hosmates aku timbulkan isu rumah sewa dan bayaran sewa aku sama ngan depa padahal aku duduk bilik besar sorang (sebab rumet aku balik malaysia for few unstated reasons).

Cara aku senang. Kalau aku ada problem, aku cari kawan baik aku dan luah. Sekadar luah. Tak pernah hasut sesapa untuk benci/dendam sampai tak bercakap. Aku bukan jenis gitu k 🙆

Aku pernah tertanya2, kenapa kalau berkaitan aku ja…mesti selalu orang cari pasal, orang cuba cari salah. Aku pelik. Aku duduk dalam dunia apa dowh ? 

Instead of cari salah aku, kenapa tak cuba baiki diri sendiri yang jugak banyak kekurangan ? Kenapa tak cuba muhasabah diri dan pandang salah sendiri ? Kita nak orang respect dan sayang kita, sedangkan kita tak buat macam tu pada orang lain. Fair tak ? Mestilah tak kan ?

Okay guys. Panjang sangat dah aku bebel nih. Haha. Pendek kata, aku suka lagi relationship ngan future husband berbanding relationship ngan kengkawan perempuan. Haha. 

Takda lah, pendek kata, sayangilah persahabatan anda. Jangan dah hari2 makan hati. Makan hati baik untuk orang anemia (kurag darah merah). Tapi bukan hati sendiri, hati lembu k. Doakan aku dan kengkawan grad tahun depan dan cepat2 kawin. K bai. 

Anneyong. Take care, garnier 😍

#KembaraNA-6

Bismillah. Salam alaik. 

Hello guys, long time no seeee. Sihat kee ?

14 Sept 16 bersamaan 10 Zulhijjah, Rabu – Raya ke3 AidilAdha. 

Aku #foreveralone setakat nih, *insyaAllah akan #berdua kemudian. Haha* telah mengembara ke negeri sebelah – Perlis Indera Kayangan untuk berjumpa seorang sahabat aka Puan Nazira. 

Ekceli, main purpose aku ke sana ialah  nak amik gigi manusia yang da dicabut oleh Dr yang Nazira tolong kumpulkan. Well, you know aku memang sangat perlukan gigi2 itu utk requirements aku. 

Treat patients pon requirements. 

Work on extracted teeth pon requirements. 

Sometimes, acrylic teeth – gigi mainan ataw gigi tak asli – pon requirements. 

Sebab tu aku sanggup korbankan masa aku ke sana walaupon minggu nih dikira minggu aku busy nak pack barang balik Misr + beli barang keperluan bagai.

Aku naik train – komuter – dari Sg Petani, Kedah ke Arau, Perlis. Sejam lebih beberapa minit sikit. Berdiri dari awal train bergerak sampai lah ke destinasi aku. Orang ramai gila. Full. 

Aku agak teruja la bila naik komuter versi baru walaupon tak berapa baru *orang kata* kalau nak dicompare dengan train Misr. Siap ada aircond bhai sini, untungnya rakyat Malaysia bisik hati aku.

Pluusss, orang sini kalau nak naik or nak turun slow2 ja, takdanya tolak tolak berebut sana sini. Everything went smoothly. Alhamdulillah. Kalau kat Misr weyh, nak kuar train macam nak bertempur kat medan perang. Aku tolak ang, ang tolak aku. Aku nak masuk, ang nak kuar. Ang pijak kain aku, aku tertarik tudung ang. Misr gitu guys, kau hado ? Haha. Takdo kan ? 

Pahit camna pon, itu kenangan. 

Aku sampai Arau sekitar 12.15 tengah hari. Nak dijadikan ceritanya ialah, aku pengembara yang tak punya kerdit utk call dan msg + mobile data yang langsung tak wujud – hidup bergantung pada wifi rumah semata k. 

Aku sampai, aku cari kedai nak topup. Topup habis. Aku minta pinjam kredit adik tu (adik – sebab dia 18 tahun dan aku 22 tahun haha) tapi kredit dia pon zero. Dia offer nak pinjamkan wasap (read: whatsApp), so aku wasap Nazira. Nazira tak on Internet mobile – satu tick ja. Aku cari perempuan lain, minta pinjam fon sebab nak call Nazira. Mujurlah orang tu ada kredit. Aku call tapi Nazira off fon. Tak masuk pon call.

Maka, angin pon berlalu dan aku pon berhuhu lalu meratapi sayu. 

Perut lapar minta diisi sebab aku jalan jauh kot haha. Aku beli maggi kari yang bercup tu, RM 3. Minta adik tu letakkan air panas. Aku makan seorang diri di tepi tangga stesen train tu. Sedih tak ? Tak pon, survive beb survive. Haha macam terok sangat ja. Aku da biasa hidup susah dan serba kekurangan kat Misr. Jadi aku asa, nih tak terok mana pon. 

Orang tanya: ni Dr apa ni makan maggi ? Haha 😂

12.45 tengah hari, keajaiban berlaku. Nazira tetiba call. Haha. 

1.00 petang, dia sampai dan amik aku bawa ke pasaraya Giant. Beli barang sikit untuk prepare lunch. Habis beli barang, terus kerumahnya. Solat dan tolong Nazira masak. Menu kami nasi putih berlaukkan ikan cencaru sumbat dan paprik.

Sedap gila, hingga menjilat jari. Kalau menjilat pinggan tu macam hodoh sangat perangai. Tak senonoh gitu kan 😂

Pukul 4.45 petang, Nazira hantar aku ke stesen keretapi dan aku beli tiket. Arau ke Sg Petani pukul 5.45 petang. Sementara tunggu train, aku solat dulu di surau situ.

After  that, surprise surprise

Nazira bagi paper bag comey gila + besar gedabak kat aku. Dalam tu full barang berharga dan mahal2. 

Dia bagi apa tawu tak ? Banyak bhai. Banyak. 

– beg galas comey, 2 helai blouse labuh, headchain, beg kecik letak alat solek, keychain burung hantu tulis nama aku yang ditempah di Aqma Craft, keychain yang dibeli di Bandung, Indonesia, kad besday yang dibuat, dihias dengan tangan sendiri. Sangat kreatif.

Aku memang impikan si pari-pari bawakan hadiah3 gini surprise surprise datang bergolek depan aku. Tapi, jangan katakan pari-pari & kengkawan aku, aku pon tak mampu nak beli hadiah banyak2 gini dalam masa yang sama untuk orang. 

Teruja sangat. Dia banyak laburkan duit untuk aku. Belanja makan, belanja itu ini, bagi shawl labuh, blouse labuh dan lain2. 

Nazira, sahabat kesayangan. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih untuk segalanya. Moga Allah balas segala kebaikkan ang. Moga Allah kabulkan suma impian dan doa ang. Moga bahagia sampai syurga dengan sang suami tercinta. 

Terima kasih sebab tak pernah lupa besday aku. Terima kasih sebab selalu sambut awal besday aku – before aku balik Misr. Terima kasih sebab tak pernah tangan kosong bila jumpa aku. 

Terima kasih untuk last meeting dan layanan yang sangat best.

Aku berdoa, moga suatu hari nanti bila aku da kerja, insyaAllah  –  Aku boleh belanja ang banyak2 macam ang buat nih. Amiiin.

Love you to the moon and back.

Tadaaaaa ~
Ditempah di Aqma Craft
Dibeli di Bridal Shop – ekceli, nih hadiah untuk E-day aku soon
So sweeetttt ♡
I love you too ♡

Aku kira nih post terakhir aku di bumi Malaysia lah kan. Sebab malam esok aku dan family akan gerak dari Kedah ke Klia. Flight aku balik Misr pagi selasa. 
Doakan perjalanan jauh kami. Moga selamat sampai dan kembali. 

Family: Kedah – Klia – Kedah 

Aku: Kedah – Klia – Doha – Misr [Qatar Airways]

Bila dah masuk Final Year nih, hati dah mula meroyan lah. Takut. Takut nak tempoh tahun paling susah, mencabar. Tahun yang akan buat kau give up nak jadi dentist. Tahun yang kau rasa kau akan lagi kurus sebab stress. Tahun yang kau akan rasa takda sapa yang paham kau. Tahun yang muka kau dari flawless jadi berjerawat sebab stress for sure. Tahun yang bila kau homesick, kau tahan sampai nak gila.

Ya Allah, aku pergi dengan harapan. Harapan untuk berjaya dan pulang dengan segulung Ijazah Sarjana Muda. Mudahkan yang mana susah. Ringankan yang mana berat. Leraikan yang mana kusut. Tambahkan yang mana kurang. Betolkan yang mana salah. 

Doakan aku dan kengkawan berjaya dengan gayanya tahun depan, insyaAllah. 

Thanks guys for reading my post. 

See you, take care, garnier ☺ 

#KembaraNA-5

Bismillah. Salam alaik. 

Hello guys. Sihat ke ? 

Sambil2 dengar lagu We dont talk anymore – Charlie Puth & Selena Gomez, aku rajinkan diri untuk update blog aku dengan kembara aku ke destinasi lain. Acah2 jauh pulak kan aku jenjalan. Haha. Tak cukup bajet untuk ke obersea (read: oversea), ke area semenanjung pon dah rasa seronok. Alhamdulillah atas nikmat sihat, kelapangan dan rezeki. 

Sabtu, 27 Ogos – Nazira naik ets dari Perlis ke Kedah pada 8.10 pagi dan sampai pukul 8.50 pagi. Aku dan Keun tunggu Nazira dan terus breakfast di kedai berhampiran. Makan peknga (lempeng), nasi goreng, milo ais, teh tarik, teh O ais. Sembang punya sembang sebab dah lama tak jumpa kan. Last aku jumpa Keun masa aku 1st year kat Misr. Kami baik 3 orang masa F5 dulu. Aku selalu ajar Keun akaun ngan math, Nazira pulak ajar kami BM. Haha *semata nak dapat A+ kot karangan haha*.

Habis breakfast, aku dan Nazira teruskan perjalanan kami ke negeri Francis Light, Penang around 10.15 pagi. Sampai sana pukul 11 pagi lebih sikit. Kami ke Chew Jetty. Di sini kami boleh tengok perkampungan China yang mana rumahnya atas air. Ada jual macam2 barang, yang pastinya murah2 belaka. Tshirt, beg, keychain, topi dan sebagainya lah. 

Kami teruskan perjalanan kami ke Street Art dengan menyewa basikal 4 roda ala2 kereta gitu, siap ada bumbung, ada brek kaki, ada mirror utk tengok kenderaan di belakang tapi tinggi ya amat, kami takley nak adjust pon dan ianya tiada side mirror. Haha. Kalau nak tgk ada kereta ke tidak, kalih kepala kiri kanan tgk sendiri. Haha.

Ramai sangat orang especially foreigners lah. Omputih ada, Arabian pon ada. Orang Melayu nih boleh kira ja berapa orang. Ambil gambar dengan gambar kucing, gambar basikal dan lain2. Di tepi jalan Street Art nih, ada perkhidmatan conteng inai di jari macam orang2 kawin tu. Inai corak di tangan, Rm 5.00 paling murah + coraknya biasa2 aja. Kalau nak yang cantik sikit, up sikit lah harganya. 

Aku amik yang paling murah of cos, jimat cermat amalan mulia. Aku nak jugak try sekali so that aku boleh nilai sendiri la patut tak aku buat inai corak gini hari nak kawin nanti *berangan dah haha*. 10 minit da boleh kering beb tapi aku pakai lama gak – setengah jam. Haha. 

Lepas ke Street Art, kami mengayuh basikal ke Phantamania. Nih macam rumah fantasi gitu. First sekali kau masuk, kau akan jumpa bilik macam Phantom kurung Raoul dalam movie/novel Phantom of the Opera. Mirror kiri kanan depan belakang. Dari situ kau kena jalan cari laluan masuk ke dalam. Nih kira macam intro lah kepada dunia dalam Phantamania nih. 

Dalam tu, cantik sangat. Decoration dia nice gila. Amazing ahh bagi aku. Ada macam2, upside down pon ada, ala2 rumah hantu pon ada, ala2 3D museum pon ada, ala2 Frozen pon ada, nak berangan jadi Queen Elsa ngan Princess Anna boleh lah. 

Tempat nih sesuai untuk orang yang minat bergambar lah. Kalau yang tak minat bergambar, boleh la abadikan kenangan dalam memori hati, seorang diri, gituuu 🙆

Around 3.00 pm, aku dan Nazira cari tempat untuk solat zohor. Kami solat di Komtar. Lepas siap solat, kami ke Nasi Kandar Line Clear pulak untuk lunch. Haha. Lunch pon dekat pukul 5.00 pm dah, combine sekali lah dengan dinner 😆 Singgah solat asar  di surau sebuah kedai makan tak jauh dari situ. 

Pukul 6.00 pm kami ke 3D Art Museum, di sini lah segala persoalan aku terjawab. Haha. Di sini rupanya orang amik gambar macam2 gaya, gaya menjerit, berenang, berlari, naik basikal ke bulan dan sebagainya. 

Eksaited gila aku weyh. Walaupon tudung aku macam tak jadi sangat time tu, dengan serabutnya, dengan sengetnya, tetap tak mengacau emosi aku – kacau jugak ekceli. Haha. Tapi dalam few percents ja. 

Aku dan Nazira bergambar dan gambar kami di ambil oleh pekerja di situ. Cantik ja gambar2 dia amik, cuma tak cantiknya part tudung aku lah. Haha.

Pukul 7.00 pm kami bertolak pulang ke Kedah. Dalam pukul 8.30 pm kami sampai. Terus menuju ke ktm, Nazira nak beli tiket balik ke Perlis. Alhamdulillah, mujurlah kaunter masih buka dan tiket masih ada. Dia pulang ke Perlis pukul 10 lebih dan sampai pukul 11 lebih. 

Perjalanan yang sangat  bermakna bagi aku dan kami berdua. Terima kasih Puan Nazira. Walaupon dah kawin, ang masih sudi luangkan masa kuar jenjalan dengan aku. Moga persahabatan ini kekal hingga ke Syurga. 

The end. Thanks for reading my post, guys. 

———————————————–

Maklumlah cuti sem dah berakhir, maka semua orang pon balik lah ke tempat belajar masing2. Mr.A, hati2 jalan. Ingatlah orang yang tersayang 😥

Ini lah basikal 4 roda kami
Phantamania 1 – Elsa, do you want to build a snowman ? Come on let’s go and play haha
Phantamania 2
Phantamania 3
Phantamania 4
Phantamania 5
Phantamania 6
Phantamania 7

#KembaraNA-1

Bismillah. 

Hello guys, I’m here, again !

Sebaik saja aku habis attachments, hari2 aku agak pack. Ditambah dengan family day di kampung, aku hangout ngan kengkawan, mak abah bawa aku kuar jenjalan cari makan. 

Sabtu, 23/7/16

Nazira and her husben, Dr Bukhari ajak aku join mereka ke Tree Top Walk, Sg Sedim, Kulim. 

Aku suka sangat kalau dapat join tempat2 yang boleh buat aktiviti yang agak mencabar + lasak macam hiking gunung, escape park, skytrek, jungle trekking tapi selalu abah aku tak lepas sebab dia risau. 

Plan aku nak ikut Nazira ngan Dr Bukhari hiking Gunung Baling pon tak boleh. Plan aku nak ikut putra maahad g hiking Gunung Pulai pon tak boleh. 

Tapi mujurlahhh, plan aku nak join g Sg Sedim nih, abah on. Haha.

Tapi Tree Top Walk nih simple, kita jalan atas jambatan besi yang dah disediakan. Paling tinggi, 60500 mm. Dari atas jambatan tu, kita boleh nampak pokok2 yang tinggi2 + sungai yang sangat deras airnya.

Kalau boleh pusing 2 3 round lagi best aku asa. Mungkin badan aku akan berpeluh kalau push sikit lagi. 

Walau camna sekalipon, aku okay. Aku enjoy. Aku suka. Terima kasih kepada Nazira dan her husben yang amik aku dari rumah, drive aku ke sana + hantar aku balik ke rumah semula, belanja tiket masuk – RM 10 haha. RM 10 pon still aku asa terhutang budi k. 

Sebab aku eksaited sangat + aku memang jenis jalan laju kalau sorang. Aku tinggalkan Nazira + her husben jauh kat belakang, haha sampailah dia jerit nama aku:

Najaaaaa, tungggu jappp !

Aku: ang gear berapa weyh ? 

Padahal aku tawu ja dia dok bermanja ngan husben dia sambil berselfie berjuta gambar. Haha. 

Sorry lah, kalau asa aku abaikan ang tadi.

Aku: napa asa gitu ? Aku okay la, hepi sangat ley mai sini. 

Both of them ajak aku join pon aku bersyukur sangat, tolong amik gambar aku lagi nih haa asa terhutang budi sangat dah. Haha. 

First time aku datang sini. Kalau aku da kawin, aku nak mai lagi sini. Haha. Start dah berangan. K bai.

Sekian, dari KembaraNA. 

See you, guys. Take care, garnier ☺ 
 

12 tips…

Bismillah. 

Hello guys, I’m back. 

Since I’m a very sensitive gurl/lady/woman, I would like to share 12 tips to slowly change this kind of sensitive people. 
Thanks to my hosmate yang baru 9 bulan duduk serumah tapi boleh figure out macam mana perangai aku dan boleh deal/ handle/ treat me differ from others. 

1- take charge of your own happiness 

2- avoid people and situations that drain your energy 

3- get enough sleep

4- give yourself time and space to be alone

5- spend time in nature

6- talk about your feelings to those who understand

7- focus on, listen to, watch things that make you happy 

8- dont try to fit in

9- seek out kindred spirits

10- set boundaries, not brick walls

11- embrace your feelings instead of blocking them 

12- realize that you are not broken

This video is really for me. I’m not ekceli cried but my eyes ‘berair’ watching this. 

This means so much and it helps a lot.

No more tears after this especially over small things, insyaAllah. 

Take a deep breath, chin up, and ready to face the world.

Nur Imanina, thanks for sharing and tagging me to watch this video. 
I love you, the way you love me.

Terima kasih kepada semua yang masih setia bersama aku saat suka dan duka, baran dan sabar, air tenang dan ombak bergelora.

Moga Allah jagakan kalian untuk aku.

Ramadhan Kareem :)

Bismillah.

Salam alaik, guys. Uolls sihattt ke ?

image
#DentAzharite1217

Okay lah, a week before aku balik Malaysia, batch aku DentAzharite1217 mengadakan iftar Ramadhan tahun nih.

Buka puasa, solat jemaah maghrib, isyak, terawih, witir.

Dari 45 orang, ada lah dalam 10 orang tak dapat hadir. Tapi still meriah macam 100 orang. Gegurls kan, standard lah bising tu. Kalau tak bising tu yang pelik 🙆

One of classmates, tegur aku sambil perhatikan cincin koka di jari hantuku. Jari hantu weyh, bukan jari manis k sebab cincin tu gedabak besar. Haha.

A: Najaa, balik kawin uhh ?

Me: Nak kawin ngan sapa ? *jet2 takda calon. Hikss. Hello you, I balik tiap2 tahun k. Takkan tiap2 tahun aku kawin. Haha.

A: Ehh cana ntah, cita past love awak tu ?

Me: Ehhh awak tawu ?

A: Well, cita awak kan. Siapa je taknak tawu.

Me: Haha, dia dah kawin lah. Dah beranak pinak dah pon.

A: Aah tawu, tabahnya awak Najaa. *dah berapa ribu owg dah bagi ayat nih kat aku. Haha. 

Me: Dia bukan jodoh saya lah.

A: Awak okay ke masa dia kawin tu ?

Me: Aah, saya okay ja hari dia kawin tu.

A: Ehhh bakpo dia buat awak gitu ?

Me: Ntah, biarlah *no words ekceli sebab malas nak cari gali cita dulu. Kalau dah hilang terus dari ingatan lagi bagus.

You knows soalan perempuan kan kalah reporter. Tapi yang aku bestnya, aku cool gila jawab soalan dia. Haha. Dia pulak yang emo.

Start dari tu, aku tawu ramai ja tawu apa yang jadi esp orang2 yang pernah jadi hosmates aku masa predental dulu. Tapi, orang tak sampai hati nak tanya. Takut aku terasa dan tersinggung kot ? Dont worry, I’m okay lah.

Allah kasi pelangi, selepas hujan.

Tu ja yang aku pegang.

Terima Kasih tak terhingga kepada semua yang perhatikan saya dalam diam dan “take care” dengan hal saya.

It’s not a busy body k guys, of course not. Sebab amik berat hal kengkawan kan, tambahan pulak kami kat Misr nih dah macam keluarga. Not a big deal pon.

Cuma kalau boleh, apa yang jadi, ambillah pengajaran dan iktibar. Tapi still kita doakan yang baik2 untuk semua.

Moga bahagia selamanya, bercinta sampai syurga.

image

Okay guys, Ramadhan Kareem. Mohon doakan result kami #DentAzharite1217 gempak dan meletop, move our step to Final Year. Biidznillah.

Take care, garnier.