Dent 8 😢

Aku keluar dan terus naik ke kelas (klinik di bawah tanah, kelas di atas).

Terserempak dengan Dr Hemat (Dr rawatan akar). Dia tanya “kenapa menangis?” 

Tak sempat aku cerita lagi, dia da tarik aku ke dalam pelukan dia. Dia pinjamkan aku bahu 😢 Syess la Dr kenapa sweet sangat nih 😣

Aku malas dah nak cerita ekceli tapi Dr paksa dan suruh jugak aku cerita. Maka sekian sekian sekian ceritanya, Dr terus tarik tangan aku. 

“Kita nak ke mana Dr ?”

“Dapatkan keadilan untuk awak dan student arab tu” 

“Taknak Dr” 

“Mari. Jangan takut. Saya ada untuk tolong awak” 

Terharuuuuuuuu 😣😢

Turun klinik, Dr + budak arab tu + Dr surgery + aku di dalam satu bulatan untuk discuss masalah negara haha. Aku diamkan diri ja, Dr Hemat yang cakap2 ngan arab tu. 

Last sekali, Dr Wafa (Dr Surgery) bisik dekat aku “awak takdapat patient nih pon takpa, dia agak annoying. Nanti kalau ada patient lain, saya bagi pada awak.”

Pujuk Dr, untuk tenangkan aku yang masih dalam kesedihan (sah2 nampak mata aku berair, hidung aku merah haha).

Dr Hemat bersuara “Saya tolong carikan patient lain untuk awak exam. Dont be sadd dear.” Terpujuk hati haha sebab suara Dr memang mendayu sangat, memang lembut gila. Syess talk. 

Aku mulakan langkah semula untuk naik ke kelas.

Buka lab coat, kemas barang nak balik. Dalam hati kata “mungkin takdir aku exam esok, harini da macam takda harapan”.

Tetiba satu kumpulan classmates aku mai tanya napa nangis nih dan lain2. Sedang aku tengah pujuk hati, sedang aku tengah rehatkan diri. Tetiba student arab tadi naik. 

Dia cari aku, “saya jumpa patient untuk awak.” Case yang sama – gigi bongsu bawah jugak uolls. Ingatkan nak dapat yang senang sikit hahah.

Hati da memang tawar gila asa. Takda perasaan da, ya la sebab baru habis nangis an. Rasa macam buat ja la camna pon. Janji habis exam. Gituuu dah rasanya. 

Macam biasa. Kemas dental chair. Prepare barang nak guna. Diagnose patient. Dr tanya aku pasal patient yang ada hypertension, camna nak manage dll. Habis oral exam, terus cabut gigi. 

Ya rabbi, susah gila sumpah. Last2 Dr Jihan tolong aku. Still tak boleh cabut, panggil Dr Mayada pulak. Still tak boleh. Panggil pulak Dr Wafa dan baru lah berjaya. Kira memang susah la guys sebab aku + 3 orang doktor baru boleh kuarkan gigi tadi. Haha. Banyak lah prosedurenya. Elevate, guna contra untuk buat tooth sectioning, cungkil sampai kuar. 

Tak la sedih sangat dapat case susah sebab Dr tolong, bukan sorang tapi 3 orang Dr tolong. Heeee. Dah la patient tu annoying ya rabbi, jerit2 macam orang nak bersalin. Sampai Dr bagi ayat deep baru nak behave. Aigooo 😑😑😑

Dan berakhirlah part 3 clinical exam MFS aku. Thanks for reading. Babai. 

Nih lah instruments yang aku & Dr guna masa exam haritu 😄
Advertisements

Dent 7 😢

Aku mencari di sana di sini. 

Pergi ke meja kaunter pendaftaran, minta pakcik arab yang jaga kaunter itu panggilkan nama patient aku. 

3x nama diseru, 3x nama disebut, 3x nama dipanggil. Tak juga kunjung tiba. 

Dalam pikiran aku hanya ada 2 kemungkinan: 

– dia balik tanpa treatment 

– dia disailang student arab 

Aku patah balik ke klinik Surgery dan mujurlah aku jenis yang ingat pakaian orang macam mana dan warna apa. Aku nampak makcik tudung labuh berwarna coklat dan berpurdah hitam terbaring selesa di atas dental chair student arab lain. Jangan cakap dia disailang arab. Pliss jangannn 😣

Jangan jangan jangan apa lagi, Jaa. Memang sah dah dia disailang. Aigooo stress ! Rasa macam nak cekik orang nak bunuh orang semua ada. Hari aku nak exam jugak la ang nak sailang 😑

Aku nampak makcik tadi dan student arab tu masuk bilik untuk check blood pressure (why ? sebab dia da tua. Kena pastikan blood pressure within normal range baru boleh proceed any dental treatment), cepat2 aku ekori. 

Dan aku tanya student arab tu “Siapa nama patient awak?” 

“…Nama seperti di borang gigi yang aku pegang…”

“Ini patient saya, kenapa awak ambil?”

“Syess ? Wallahi saya tak tahu. Makcik nih datang dekat saya dan cakap borang giginya hilang dan dia tiada Dr untuk cabut gigi” 

Aduhhh stress aku. Bertambah stress bila makcik tu masuk campur dan dia maki aku. 

Dah sah2 aku yang pegang borang gigi dia sebab dia patient aku. Boleh pulak dia kata hilang. Maybe la atas faktor usia dan dia tak berapa ingat. MAYBE ! Orrr perangai arab yang memang annoying, tak menyabar dan cakap tak serupa bikin. Ini pon boleh dimasukkan ke dalam kategori MAYBE aku tadi. 

“Saya takley nak pass patient nih ke awak sebab saya dah start exam. Dr pon dah tanya few ques (oral exam = ujian lisan) dekat saya tadi.” 

Ayat student arab tu dah cukup memahamkan aku bahawa aku patut cari patient lain untuk exam. Terima kasih makcik sebab buat saya macam nih. Terima kasih student arab sebab sailang patient aku. Tapi tak adil gak untuk aku label dia sebagai penyailang. Dia sailang tanpa sengaja. Dia sailang dalam keadaan tak tahu apa2. Aku maafkan. 

Aku pendekkan k sebab kalau nak cerita details macam mana kami bertelagah dalam bilik check blood pressure memang tak muat sini. Haha. Dan begitu lah ceritanya…aku mengalah dan redha. 

Berlari keluar dari bilik tadi dengan tangisan yang mencurah2. Kawan2 tgok tak berkata apa. Takut kerohkan keadaan. Takut2 bertambah sakit lagi hati. Tahu tak perasaan bila kita marah end up kita menangis. Haaa itu apa yang aku rasa. Kita semangat dah nak exam walaupon takut, tgok2 jadi gini pulak. Tak apa lah. Ada hikmah tu. 

Orang buat kita takpa, kita jangan buat orang k guys. Allah itu ada dan sentiasa ada. Nak menangis boleh, tapi cukup sudah sampai sini. Jangan terbawa2 ke esok lusa tulat dah. 

Dent 6 😢

Part 3…part yang paling membuatkan ketabahan dan kesabaran aku meletop.

Okay guys. Aku dan kawan2 hadap susah pasal patients kat Mesir berhari2, bertahun2. Dari hati tisu sampai jadi hati batu – takda perasaan, takda air mata.

Tapi siapa sangka, semua benda yang ditahan dipendam disimpan dalam hati, akhirnya meletop jua, akhirnya meletus juga.

Part 3 ialah part kami kena cari patients untuk cabut gigi.

Aku turun klinik surgery, usaha mencari kalau2 ada rezeki jumpa patient walk in.

Tiba2, sorang student Arab final year sapa aku: You want a patient ? You can take her (makcik arab).

Aku: how about you ? Why you dont take her as your patient ?

Her: I hate nerve block (kaedah untuk inject ubat bius gigi bawah menggunakan jarum panjang – bermula gigi belakang gigi taring sampailah geraham bongsu)

Aku: ???

Her: Pliss give me if you find infiltration cases (kaedah inject ubat bius menggunakan jarum pendek – semua gigi atas dan gigi depan bawah)

Aku: Hey, you should give a try. Youre gonna be doctor soon. Both infitration and nerve block totally on you one day.

*RIP grammar*

Tanpa berlengah lagi, aku pon cepat2 amik borang gigi makcik arab dan perhatikan gigi mana yang kena cabut. Okay guys, taktawu nak kata rezeki ke cabaran. Maybe kedua2nya. Rezeki sebab dapat patient on the spot. Cabaran sebab dapat gigi geraham bongsu – gigi paling susah bhai. Dah kalau namanya bongsu tu, hmmm bongsu la. Manja nau.

Pada masa itu, klinik cabut gigi penuh dengan students tengah exam. So aku pon cop dental chair after Ilmi guna. Sesambil tu aku isi masa kosong dengan baca baca dan baca lagi buku surgery. Ntah apa agaknya soalan yang Dr akan tanya aku masa aku exam japgi.

Beberapa lama kemudian Ilmi datang dan kata pada aku “Jaa, saya da habis exam. Awak boleh guna dental chair nih dah”.

Aku takda la eksaited or nebes sangat time tu sebab dalam kepala just pikir nak habis exam + prepare barang yang perlu + kena panggil makcik arab tadi sebab da lama tunggu kat ruang menunggu.

Surprise ! Aku cari di ruang menunggu dan makcik arab tadi tiada. Ke manakah dia ?

To be continued…

 

 

 

 

 

 

Dent 5 😢

Ingat lagi aku… spotting/practical exam untuk subjek MaxilloFacial Surgery (MFS).

Studi berbuku2 bagai nak rak. Last2 rak patah haha. K tak lawak -,-

4 buah buku MFS kami baca, revise, tanya2 sesama sendiri dah macam nak written exam bhai. Padahal nih baru preparation untuk clinical exam.

Kami ada 3 part untuk clinical MFS:

1- spotting/practical

2- cases/situation

3- extraction + systemic disease

Aku mula dengan part 1. Dr bagi alat2 kegunaan masa emergency, instrument, xray dan kami kena hurai apa namanya, apa functionnya, apa contentnya, berapa volumenya. Setiap alat berbeza soalannya. 1 soalan hanya diberi masa seminit. Seminit bhai, ko nak tulis apa dalam masa seminit? Campur blurr debar ketar loading punya pasal. Suma kelaut. Paling tak sangka, satu alat emergency yang kami belajar tapi taktawu macam mana rupa parasnya tetiba kuar sebagai salah satu alat dalam spotting exam. Dan aku pon berlalu pergi, mengenang nasib seorang diri. Dalam hati: baru part 1 weyh aku da takley perform. Macam mana next next next. Allah jualah yang mengetahui segalanya.

Part 2. Patient cases/situation. Dr bagitawu seorang patient (pt) datang dan awak dapati bla bla bla. So overall my answer is Le Fort 3 fracture. Aku pon bagitawu macam mana nak diagnose, apa simptom, apa komplikasi, apa treatment. Settle. Tapi still tak puas hati sebab tak all out macam dalam revision ngan classmate. Debar, sebab nih one of the killer subject in 4th year.

Part 3…will be continued.

Dent 4 😢

Bukan senang aku dan kengkawan bermujahadah habiskan clinical exam selama sebulan, bulan April.

Written dan oral exam (bertulis dan lisan) selama 2 bulan, bulan Mei dan Jun.

Total final exam for final year: 3 months.

22/6/17: Last paper (Crown Bridge)

23/6/17: Departure ** Cairo-Kul

24/6/17: Arrival ** Klia – Klia2 – Pen – Kedah

25/6/17: Eidul Fitri

Tak sangka. Semua keperitan ini berbalaskan sebuah kejayaan. Syukur aku panjatkan pada Ilahi.

Aku ingat lagi, Dr bagitahu last min jadual clinical exam. Kami terpaksa ponteng class di saat2 akhir, stay di clinic dari pagi sampai petang untuk cari patients exam. Malangnya tak pernah bernasib baik. Patients kena sailang dengan budak arab, itu wajib. Parients tak indicated untuk cases exam kami, itu pon wajib. Wajib means kebiasaan bagi kami. Frust putus cinta itu biasa sebab dah lama move on, frust takdapat patients tersangatlah merana. Sebab ? Taklena tido, taklalu nak makan tapi still kena makan sebab nak dapatkan tenaga, menangis sampai mata bengkak, give up dengan future.

Tapi ada satu hal yang kami tak pernah lupa – Allah akan selalu bantu dengan caraNya yang tersendiri.

Betol. Setiap pertolongan Allah datang tepat pada waktunya. TanpaMu, siapalah aku.

Terima kasih, Allah 😢😢😢

Dent 3 😢

Sebaik saja dapat result, terus aku jerit Makkkkkkk. Berlarian aku dari bilik ke ruang tamu, mencari mak.

Makkkkk. Aku peluk. Aku nangis. Mak tanya kenapa. Aku nangis lagi. Sampai lah mulut aku boleh bagitahu result aku.

Mak cakap Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tahun paling susah, tahniah.

Aku nangis lagi. Sampai mak cakap, jangan lahhh nangis dah. Haha. Malu pulak rasa.

Sejam kemudian, setibanya abah yang baru balik dari reunion di depan pintu rumah. Aku lariiii mendapatkan abah.

Abahhhhhh. Aku peluk. Aku nangis. Tersedu lagi. Sama macam tadi. Abah tanya result da kuar ? Aku bagitahu result aku.

Alhamdulillah lega. Tahniahhh. Road to graduation. Road to convocation.

Mom and dad, this is for you 💕

Dent 2😢

Bila dah dapat result, macam2 memori ter’throwback’.

Taktawu rasa apa. Dah habis 5 tahun, fasa merempat di negara orang. Dah habis 5 tahun, fasa menagih ilmu untuk masa depan. Dah habis 5 tahun, buang masa remaja demi cita2.

Dentistry, it cant be inherited, cant be purchased. I earned it, I paid it with sweat, blood, tears, money, times. All of these.

Ya guys, sama dengan bidang yang uolls amik. Kita sama. Bersama berjuang untuk sebuah masa depan yang taktawu lagi macam mana keadaannya.

Ingin aku hidup dalam dunia fantasi seperti sebuah novel, seperti sebuah drama. Berherokan Lee Min Ho. Berkawankan Park Syin Hye. Mungkin lebih damai.

Tapi hakikatnya, dah habis perjalanan degree aku selama 5 tahun. Maka bermulalah sebuah perjalanan baru di alam pekerjaan.

Moga Allah mudahkan semuanya.

Amiin.

😢😢😢