Whats ur name ? NA 👅

Bismillah.

Uolls sihat ke ? Malaysia sihat ? Misr macam biasa aja. 

Budak Nakal. Bukan tajuk lagu Aida Jebat k. Haha. Nakal ini merujuk pada aku yang pastinya. 

Klinik rawatan akar: pukul 8-11 am. Because of aku busy treat patient rawatan akar ahad lepas, usai saja rawatan akar aku terus berlari ke sana sini untuk handle beberapa orang patients lain. 

Disebabkan itulah, aku masuk agak lambat ke klinik scaling (cuci gigi). Klinik scaling pukul 11-2 pm. Dan aku terlewat 45 minit 😂 mana Dr tak target muka aku bhai. Aku paling lambat. 

Scaling – cuci/bersihkan gigi dari plak dan karang gigi yang menebal dari hari ke hari

Sebaik saja aku masuk klinik scaling, Dr panggil. 
Whats ur name?

Najaa Ajlaa

Why ure late ? Do you know whats time now ?

*tgk jam: 11.45 am. Makkk aiii, gila lambat* 

I am sorry Dr. 

No attendance for student whos coming late. U should know that. 

Okay Dr. I’m sorry.

*hati: tak kisah pon dapat ke tak attendance asalkan dapat pengalaman scaling patient. Phewww mana nak cari student redha dan ikhlas macam aku 😂 haha ayat penyedap hati ke.

Aku nampak muka Dr – ketat dan tak puas hati ngan aku. Sedang tiqah khusyuk scaling patient, Dr suruh tiqah stop dan suruh aku buat. Haha. Aku buat, macam biasa confidence level kena tinggi walaupon akan ada salah haha.

Dah settle scaling, dan banyak lagi masa berbaki. Dr kata dia nak buat ‘revision’ dengan kami, revision tu oral exam weyh. 

*hati: mati lah aku mati lah aku. Aku tak studi apa benda langsung nih 😣

Satu demi satu Dr tanya. Dari A ke B sampailah Z. Mujurlah semua soalan yang ditanya adalah soalan yang aku dan tiqah tawu dan boleh jawab dengan lancarnya. 

Lega hati bila nampak muka ketat Dr dah bertukar jadi senyuman paling manis dalam dunia 😂 cia cia sgt weyh.

I will take your attendance, because ure very excellent πŸ™‚

What ? Like syessly Dr ?

Yes. I am syess. Dissmiss your patient & you can go.

Aku: Sorry tiq. Sebab aku lewat, sekali2 ko kena. Haha 😝
Tiq: Aku harap aku boleh jawab macam ko jawab tadi dalam final exam nanti. Amiin. 

Aku, Tiq: Amiiiinnnnnn 

Makaaaa berlalu pergi lah kami – 2 orang sahabat kuar dari klinik scaling dengan bahagianya. 

Alhamdulillah ala kulli hal.

Syukran Allah. 

Doakan kami berjaya dalam final exam tahun nih ya. CLINICAL EXAM, WRITTEN EXAM & ORAL EXAM. Tq 🙆

Walk In 🙆

Bismillah. 

Suka aku untuk rajinkan diri update kisah2 klinik di sini sebagai kenangan yang aku boleh ingat dan sedar betapa jauh dah aku lalui. Tinggal beberapa hari dan bulan lagi untuk dihabiskan. 

Mohon hati makin tabah. 

Klinik gigi palsu. 

Aku kira klinik nih lah yang paling aku takut untuk aku hadapi final clinical exam nanti sebab susah nak cari patient dan susah nak siapkan requirements. 

Gigi palsu penuh/ complete denture. Seperti yang kita tawu lah mostly memang untuk pakcik makcik tua2 yang dah kehilangan gigi. 

Bila gigi takda, bone yang support gigi pon dah lose. Gusi yang mengelilingi gigi pon dah flat. 

Selalunya kami buat ammu/pakcik berbayar (setiap visit 35 LE Γ— 5 kali visit). Tapi this year ammu2 nih mogok ke apa taktawu lah – depa takmo datang dah klinik kami. 
Cerita aku: 

Ammu berbayar 1: siap first step dah, tinggal lagi 4 step. LARI.

Ammu berbayar 2: same – siap first step dah, tinggal lagi 4 step. LARI. 

Ammu ke3: walk in – tak berbayar, sangat baik. 

Bila ammu baik, aku baik *eh ? Haha. Technician pulak buat hal. Kerja sambil lewa. Akhirnya: 

Maxillary/Upper special tray is too wide cause rocking in patient’s mouth. 

Dr tak kasi aku proceed unless kalau technician buat yang baru. So I went there talked to tech I want a new one special tray, with a good border & flange. Of course shoud be sufficient retention and stability. How can someone yang dibayar gajinya buat keja acuh tak acuh gitu ? Makan gaji buta ke ? 

Lower special tray pulak kena trim la apa bagai. Buat border molding ke laut. Kan dah cakap, less patient less training then clinical skill out. Kesian kat diri sendiri balik la. Ada patient tapi patient lari gini lah jadinya. 

Dah banyak sangat hal pasal upper & lower special tray ditambah ngan kgkwn yang datang ngadu itu ini. Camna ahh Najaa nak buat ? Camna ahh patient tu ? Najaa saya nak share ngan awak ammu nih boleh tak ? Najaa saya nak cop after awak bla bla bla. Annoying tawu tak. Dah tawu owg tgh buat keja lain boleh tak jangan kusutkan kepala hotak aku lagi. Aku tak suka ganggu owg lain treat patient dan aku pon tak suka kalau owg ganggu aku time aku treat patient. Kalau masing2 paham simple rule gitu kan senang. 

Bila kemarahan berakhir dengan tangisan. I really hate this. Mujurlah pakai mask, takda sapa nampak hidung badut 👃 aku. Haha. Tapi obvious ahh mata merah bhai. Dah tak pakai spek an sekarang directly owg nampak mata aku haha 👀 
Aku pulak kalau nangis, aku tak suka owg datang bagi nasihat sabarlah najaa, time belajar memang gini lah bla bla bla sambil tepuk bahu aku. 

Tak payah. Hati aku da cukup kuat untuk nasihatkan diri sendiri. Bukan sombong, bukan ego. Tapi style aku macam tu. 

Just nice kalau ada yang nak dengar luahan aku tapi utk nasihat dan pujuk aku utk kuat. Tak perlu. Memang jenis aku kuatkan diri dan hati sesorang. 

Sebab banyak bersendiri an. Motivasi diri lebih kuat. Tak bergantung pada semangat orang lain 🙆

Hati aku selalu cakap:

Nak sedih boleh. Nak nangis boleh. Nak down boleh. Nak give up pon boleh. Tapi cukup dengan satu hari. Jangan extend terbawa2 ke hari2 lain dan affect the whole year. Kita dah terlalu hampir dengan goals. Sikit ja lagi beb. Make mom n dad proud of you, insyaAllah 💕

Maka, aku kembali pulih setelah sehari kurungkan diri dalam bilik memikirkan masa depan. Drama sangat weyhh 😂
K guys, ada masa akan ku coretkan lagi kenangan pahit di sini.

Doakan semuanya baik2 saja, ya.
Thanks. Take care, garnier 💕

Endo = Rawatan Akar

Bismillah. U know guys, rawatan akar dalam bahasa dentistry ialah Endodontics.
Endo= inside
Don= tooth

Any treatment yang related dengan ‘inside tooth’, kita panggil rawatan akar.

Story of my patient aku tadi, Makcik arab berumur 36 tahun. Takda la makcik sangat pon ekceli. Nampak muda ja. Haha. Tapi dah menjadi kebiasaan dekat Mesir, kami akan panggil makcik dengan gelaran Mama.

Contohnya:
Ya Mama (wahai makcik).
Ta’al mama (mari, jom makcik).
Izzayik mama (apa khabar, makcik?)

Gituuu. Mama nih baik. Cooperative patient. She loves me and I love her, too. Haha. #DentistPatientGoals #RelationshipGoals

Dia ada penyakit bronchial asthma. So management dia lain sikit dari pesakit yang normal. Type of Local Anesthesia (ubat bius) pon lain. Dia buat bridge, metallic layer of her bridge dah pon perforated – dekat gigi lower 5 (lower second premolar) resulting her acute pulpitis.

Chief complaint: Pain – mengadu sakit
Pulp condition: Vital – masih hidup, tak capai tahap necrosis (mati) lagi.

Rawatan akar selalunya memakan masa selama 3 visits.

Visit 1: Diagnose (check dulu apa masalah gigi patients kita), access cavity preparation (buka laluan ke arah rawatan akar).

Visit 2: Mechanical instrumentation (Cleaning and Shaping – kita cuci dan buang segala kotoran dalam akar)

Visit 3: Obturation (masukkan gutta percha/getah perca dalam akar gigi patient untuk gantikan ataw mengisi kekosongan ruang akar yang kita dah cuci tadi)

Minggu lepas, visit 1: Aku buat access cavity dalam masa 15-20 min – buka ruangan ke akar gigi. Disebabkan pulp dia masih vital. So once aku dah sampai pulp, darah mencurah2 lah. Banyak gila darah dia. Bleeding. Aku memang berperang dengan blood ahh nih. Tak cukup darah tu penuhi ruang akar, dia kuar sampai ke gusi keliling gigi. Aku apply cotton. Lap sumanya. Panggil Dukturah untuk check. Dukturah said: excellent. Terharu + eksaited. Berjaya jugak buat tanpa pertolongan Dukturah, yang pastinya dengan pertolongan Allah. Alhamdulillah. Aku letak secepis cotton with formocreso and put temporary fillings (tampalan sementara). Dan dismissed patient.

Okay, untuk yang taktawu gigi premolar tu gigi apa, boleh teliti gambar ini. Belakang canine (gigi taring), ada 2 premolars (1st premolar = 4, 2nd premolar = 5), after that gigi molars (geraham). So can u spot which tooth I have worked on ? 🙆

Aku search kat google tapi takda image gigi lower 5. Nih upper 5. Tapi lebih kurang nih ja. Nak tunjuk contoh cana access cavity prep itu dilakukan. Gila skema ayat aku 😂

So today, sambungan dari visit 1 minggu lepas, aku proceed ke next step.
Pasang rubber dam with clamp (seperti gambar di atas – warna hijau keliling gigi tu), the reduction crown (sebab gigi yang pernah buat bridge) fracture pulak, kat bahagian buccal. Dukturah cakap tak payah guna rubber dam. Proceed sahaja. Cuakkkkk 😰:o😱 Sebab Dukturah dah try extend dari molar, tak boleh jugak. Try extend dari anterior pon tak boleh. First time tak guna rubber dam. Bhai, kalau patient tertelan file ke gutta percha ke cana dowh. Nauzubillah min zalik. Dalam hati tak henti2 minta Allah tolong. Debar dah nih. Heart beat dah laju gila.

Amik Xray initial file. Tunjuk dekat Dukturah this is okay ke tak. Dukturah kata good job. Proceed. So settlekan step di visit 2 dalam masa 15 min sahaja. Gila laju baban aku buat weyhh. Macam Dr pakar haha 🙆. Ehh tak, kalau pakar 5 min ja kot.

Contoh H files – phase III cleaning & shaping

Contoh K files – phase I and II cleaning and shaping

Xray lagi, cari master cone. Tunjuk pada Dukturah. Dukturah said: Nice, make obturation now. Means aku habiskan step dalam visit 2 dan 3 in the same day. Lajunya aku buattt, hwaaaa nak nangis. Tak sangka gila aku boleh buat selaju ini 😣😣😣

Cepat2 lari amik Root Canal Sealer. Campur powder + liquid. Settle. Amik speader. Keringkan ruangan akar. Apply sealer dengan speader all over the wall of akar gigi. Amik gutta percha masukkan satu demi satu sampailah memenuhi ruangan akar tadi. Settle. 

Amik torch/bunsen burner, panaskan condenser dan buang lebihan gutta percha. Amik Xray lagi, nak tunjuk okay ke tak obturation aku. Tunjuk Dukturah, she said: Very nice, good. Make final restoration. So aku pon, cepat2 bancuh Glass Ionomer Cement (GIC) as final restoration before dia pasangkan semula bridge yang dah pon tertanggal tu.

Nih yang akan digunakan masa Obturation. Yang putih tu: paper point, digunakan untuk mengeringkan ruang akar gigi. Yang warna oren: gutta percha yang akan mengisi ruangan kosong akar. Yang bawa tu speader, instrument untuk compact kan lagi gutta percha dalam ruangan akar.

1) Master Cone, 2)Spreader + MC, 3)MC dan gutta percha yang lain 4)buang lebihan gutta percha

Aku: Mama, hasyu asob kholas (rawatan akar dah siap).

Mama: Enti kuwayis awi (awak baik sangat). 

Bersalaman. Berpelukkan. Sedih pulak asa tapi hepi sebab dah siap 😂

Guys, bila uolls baca post aku. Akan ada yang baca tapi tak paham. Akan ada yang baca tapi paham. Akan ada yang baca tapi cakap napa cara kita berbeza ?

This is summary apa yang aku buat hari nih. Kalau aku nak cita suma, tak muat blog aku agaknya 😂 Dan untuk di Malaysia, aku tak pernah tgk Dr buat depan2 mata aku tapi aku rasa kaedahnya sama. Boleh tengok video2 pendek + comel yang banyak dishare di page2 Dentistry di FB. Juga, luangkan masa anda untuk mengkaji sikit demi sikit apa itu rawatan akar. Kenapa dengan akar ? Akar tu pulp ke ? Pulp tu apa ? Macam mana pulp boleh mati ? Kenapa kena buat rawatan akar ? Kenapa tak cabut je ? Macam mana kalau terjadi pada gigi susu ? Macam mana pula rawatannya ? Hahaha. Saiko namateyyy. 5 tahun belajar tak cukup bhai. K bai 😂

Letih sangat beb. Syessly letih. Hati aku menjerit kot tadiiii: Done. Finally I’m done 😣 Tahniah diucapkan pada diri sendiri kerana berjaya buktikan pada diri yang aku mampu bekerja selaju dan sedasyat ini. Realised it, I have some improvement in clinical skill. Alhamdulillah ya Rabb πŸ˜₯

Doakan. Aku dan kengkawan GOT – grad on time, tahun nih jugak. Ya ? Macehhh uolls. Gudnite.

Hijau: Rubber dam sheet, LVE: files, O: clamp

Midterm | Gila

Bismillah. 

#Dunia4thyear 

#DuniaFinalYear

Midterm exam kali nih sangat lahhh menggila. 5 subjects in a row. 

Then stop because of Friday + Saturday. 

Continue with another 3 subjects in a row.

Ang rasa ?

Tidur ke mana. Studi ke mana. Makan ke mana.

Doakan aku dan kengkawan suma result gempak dan grad with 1st Class Honor tahun nih, ya ? Amiiiiinnnn. 

Macehhhh uolls. 

Ahad: Oral Medicine + Periodontology

Isnin: Removable Prosthodontics

Selasa: Operative Dentistry

Rabu: Radiology + Oral Diagnosis

Khamis: Pedodontics

Ahad: Oral Maxillofacial Surgery 

Isnin: Endodontics 

Selasa: Crown & Bridge

:'(:'(:'( Moga aku masih hidup after these 2 weeks. Amiiin. 

Karies tu apa, dr ?Β 

​Bismillah. Salam alaik. Hye guys πŸ™‚

Hari nih aku nak share apa itu karies since patients aku selalu tanya soalan nih berulang2 kali. 

Dalam bahasa paling mudah yang aku guna untuk orang awam paham, karies nih terjadi disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam mulut kita (yang menghasilkan asid dari carbohydrate yang kita makan hari2 -> asid menghakis lapisan gigi) yang akhirnya menyebabkan kerosakkan struktur gigi dan gigi berlubang. 

Dr, yang warna hitam atas gigi saya nih ke namanya karies ? 

Aah, karies nih maybe different colours from yellow to black. Boleh jadi jugak different sites from occlusal (permukaan atas gigi), proximal (permukaan tepi gigi), gingival (permukaan gigi yang berhampiran gusi). 

Dr, saya selalu sakit time makan. 

Betol, common symptoms yang selalu patient complaint ialah sakit (pain) dan susah nak makan (difficulty with eating) sebabnya gigi berlubang sudah pon terdedah kepada lapisan ke2 gigi iaitu dentin – the most sensitive layer. 

Kalau kita ignore karies nih macam mana ? Dan apa jadi kalau saya takmo tampal ? Saya takut lah.

Satu hal awak kena tawu, bacteria yang menyebabkan karies dalam gigi awak akan travel dan travel ke lapisan gigi paling dalam iaitu pulp. 

Apa jadi bila sampai pulp ? Dia honeymoon ke dr ? 

Dari honeymoon, dia change ke hell fire. Kita akan menderita menjerit kesakitan macam terkena api (api dunia kan part of api neraka). Which means sakit gila nak mati bhai. Awak tak boleh tido, awak tak boleh makan, awak tak boleh baring, makin mencucuk2 sakit, kekadang sakit sampai pening kepala, affect your whole mood, bila dr suruh buka mulut pon awak takley nak buka luas2. Dan lastly, root canal treatment or we called rawatan akar lah rawatan terakhir yang ada untuk awak. 

Dalam Operative Dentistry (subjek tampalan aku), ada classification untuk setiap keadaan gigi: 

Class I: karies yang terjadi di permukaan atas gigi (occlusal surface). 


Class II: karies di permukaan tepi (kiri or kanan) gigi (proximal surface).

Class III: karies di permukaan gigi depan yang tak terkena kepada bucu gigi (incisal edge).


Class IV: karies di permukaan gigi depan tapi terkena di bucu gigi.


Class V: karies di permukaan gigi yang berhampiran dengan gusi. 


Class VI: karies yang selain dari situasi2 di atas. 

Dr akan buang karies mengikut outline form (bentuk) gigi tersebut. Allah ciptakan kita dengan sebaik2 kejadian sampaikan kepada benda yang kecik (contohnya gigi kita) pon diciptakan dengan pelbagai bentuk mengikut fungsi masing2.

β—‡ Gigi depan senang untuk cut or gigit makanan.

β—‡ Gigi belakang (geraham) mudah untuk mengunyah. 

Contoh bentuk gigi geraham

Zaman canggih gini, dentist guna mesin okay kat klinik 🙆 – high speed contra – yang macam alat drill dinding tu. Haha. Sebab apa ? Sebab mudah dan cepat so that dapat jimatkan waktu dan treatment ke atas patient pon taklah mengambil masa yang lama. 


Jangan takut, tak sakit pon. Lagi sakit kalau membela karies tu dari hari ke minggu ke bulan ke tahun. Dr drill sikit ja gigi uolls tu, tujuannya nak buang karies dan bersihkan gigi uolls dari sisa bakteria. 

Dan lastly, tampalan. Thats all. Tampalan untuk gigi belakang commonly used in Egypt till now is amalgam (tampalan hitam) sebab ianya sangat tahan lama sesuai dengan fungsi gigi belakang yang selalu mengunyah makanan tapi disadvantange-nya ialah dia hitam kan, so its appearance not so beauty lah. Tapi aku dipahamkan dekat Malaysia dah tak guna amalgam. Upgrade lagi ahh nih. Haha. 


Untuk gigi depan memang mostly composite sebab kita nak maintain esthetic (kecantikkan gigi) untuk senyuman kelihatan lebih menarik walaupon selepas diserang karies. Haha.


Okay guys, jom lah stop. Panjang sangat dah nih karangan aku. Mesti uolls menguap2 ngantok baca essay aku. Nih secara ringkas lah aku explain. Untuk ketahui lebih lanjut boleh tanya pada dr gigi berdekatan umah anda dan tak salah jugak kalau jenjalan singgah dekat Dr Google2 untuk cari lagi info pasal gigi. Aku dah bagi point2 penting tu. So kalau nak cari memang mudah sangat lah. Rajin ataw tak je. 

Doakan aku dan kengkawan dapat grad tahun depan dengan cemerlangnya. Makasihh. Thanks for reading my post. 

Love you guys. Take care, garnier 💕

Alhamdulillah :)

Bismillah.

Hello guys, Im back πŸ˜‰

Okay, alhamdulillah alhamdulillah dan alhamdulillah sangat.

Aku da berjaya habiskan final practical exam untuk sesi 2015/2016 nih.

Coming soon, written ngan oral exam ja. InsyaAllah.

May Allah bless and ease.

Tahun nih, aku ada 2 subjek ja utk Practical exam: Orthodontics dan Oral Pathology (killer subject).

1) Orthodontics.
Aku belajar 4 jenis treatments or wires untuk gigi (Labiah Arch, Adam Clasp, Canine Retractor, Palatal Spring) sebab nih basic as a dentist *maybe ?*. Kalau nak lebih mendalam, kena amik specialist.
So here, dari 4 yang aku belajar tu, aku dan classmates diarahkan untuk buat 3 jenis wires dalam masa 2 jam.

image
1) Labiah Arch (sumber: Google)
image
2) Adam Clasp (sumber: Google)
image
3) Canine Retractor (sumber: Google)

Start pukul 9.30-11.30 pagi. Ntah mengapa, tangan aku berpeluh terok sangat hari tu. Nervous sangat uhh ? Taktawu la nak cakap. Aku lap tangan kat lab coat, kat baju, kat seluar jeans. Tapi still, peluh makin kuat. Dan sikit sebanyak defect kecantikan wires aku.

Aku siap pukul 11.00 pagi, and I still have remaining time-30 minutes. So, aku cepat2 amik wires 0.7 yang baru untuk buat balik Adam Clasp yang aku kira agak “hodoh” tadi. Within 10 minutes aku siap buat Adam Clasp yang ke2 tapi malangnya Adam yang ke2 tak sehensem Adam pertama.

Nak tak nak, aku pon kembali guna Adam yang pertama tadi dan simpan Adam ke2 sebagai kenangan.

11.30 pagi, Dukturah kutip ketiga2 wires kami. Dan start spotting exam. Dukturah tunjuk slide, dan soalannya: define the dental prob, what are the causes and how to treat this child/patient/kid ?

Ala kulli hal, TQ Allah for helping me through this paper.

2) Oral Pathology
Killer subject untuk 3rd year student sebab terlalu banyak penyakit Mulut yang tak mampu nak disumbatkan ke dalam kepala *actually mampu tapi kemalasan tahap dewa membataskan semuanya. Haha

Drawing for Pleomorphic Adenoma (one of the salivary gland disease – penyakit yang berlaku pada kilang air liur ataw bahasa scientific nya ialah “saliva”) within 30 minutes, okay la. Alhamdulillah.

Spotting for cases *macam Ortho* pon alhamdulillah okay.

image
Pleomorphic Adenoma's patient (sumber: Google)

Comments for both practical exam ?
I have tried my best, then let Allah do the rest. Moga najah semuanya. Doakan weolls lulus dengan cemerlang dan dapat naik tahun Akhir. InsyaAllah.

Btw, makasih atas doa kalian yang sudi baca blog iolls. Hee. Lap u much and more 😍

Take care, garnier.

#pray4NajaaAjlaaZainuddin
#pray4mygurls
#dentistinmaking
#roadtoGrad2017

Cant wait to …

image

Orang cakap dunia Dentist nih mencabar.

Susah masa studi, senang masa kerja *i hope so*

Within a week, kami clinical year ada:
Assignments
Requirements
Test and quizzes
2nd midterm
Final practical exam

Yang mana kami perlu ke kuliah even takda lecture on that day untuk siapkan requirements yang memerlukan X-Ray.

Untuk siapkan assignments yang memerlukan banyak gambar dari clinical sides and instruments.

Yang mana perlu curi2 masa untuk studi subjek yang ada test/quiz/2nd midterm di celah2 masa studi untuk final exam.

Bukan setakat emosi dan mental ja breakdown, physical tersangatlah wajib breakdown. Yee lah, dah kena lari sana sini turun klinik naik kelas untuk benda yang diperlukan. Beratur panjang tunggu turn untuk xray yang mana xray room hanya satu, share between 3rd and 4th year, share between Malaysians and Egyptians.

Dan Egyptians nih jenis main redah ja langgar orang, potong turn. Aku yang dulunya lemah lembut sopan santun, dan sifat2 tu da takda dalam diri aku sekarang. Haha.

Sapa potong line aku, aku tarik tangan. Ana awalan or i’m first, just wait till i finish.

Kalau kita mudahkan urusan owg lain, Allah akan mudahkan urusan kita. Nak ja ceramah gitu. Haha. Tapi tak upaya la, sebab bahasa Arab aku sendiri pon cap ayam. Nak cakap omputih, some of them pulak tak paham. Then, terjadilah misunderstanding gitu. Like usual.

A’la kulli hal, clinical requirements yang diperlukan tahun nih dah selamat aku siapkan. Alhamdulillah. All thanks to Allah.

Oral Maxillofacial Surgery:
Infiltration βœ”
Nerve block βœ”
Extraction βœ”
Assignment βœ”

Complete Denture βœ”

Bridge βœ”

Amalgam filling βœ”

Endodontics (Requirements on extracted tooth, not on patient) βœ”

Nanti iolls cita k camna fasa2 aku siapkan semua requirements aku, sama ada dekat gigi yang da dicabut ataw pon dekat patients.

Untuk masa nih, aku hold dulu guys. Sebab i gotta studi. Esok final practical exam untuk Orthodontics.

Do #pray4NajaaAjlaaZainuddin

Cant wait to ✈ Malaysia, soon.

Take care, garnier ☺