Whats ur name ? NA 👅

Bismillah.

Uolls sihat ke ? Malaysia sihat ? Misr macam biasa aja. 

Budak Nakal. Bukan tajuk lagu Aida Jebat k. Haha. Nakal ini merujuk pada aku yang pastinya. 

Klinik rawatan akar: pukul 8-11 am. Because of aku busy treat patient rawatan akar ahad lepas, usai saja rawatan akar aku terus berlari ke sana sini untuk handle beberapa orang patients lain. 

Disebabkan itulah, aku masuk agak lambat ke klinik scaling (cuci gigi). Klinik scaling pukul 11-2 pm. Dan aku terlewat 45 minit 😂 mana Dr tak target muka aku bhai. Aku paling lambat. 

Scaling – cuci/bersihkan gigi dari plak dan karang gigi yang menebal dari hari ke hari

Sebaik saja aku masuk klinik scaling, Dr panggil. 
Whats ur name?

Najaa Ajlaa

Why ure late ? Do you know whats time now ?

*tgk jam: 11.45 am. Makkk aiii, gila lambat* 

I am sorry Dr. 

No attendance for student whos coming late. U should know that. 

Okay Dr. I’m sorry.

*hati: tak kisah pon dapat ke tak attendance asalkan dapat pengalaman scaling patient. Phewww mana nak cari student redha dan ikhlas macam aku 😂 haha ayat penyedap hati ke.

Aku nampak muka Dr – ketat dan tak puas hati ngan aku. Sedang tiqah khusyuk scaling patient, Dr suruh tiqah stop dan suruh aku buat. Haha. Aku buat, macam biasa confidence level kena tinggi walaupon akan ada salah haha.

Dah settle scaling, dan banyak lagi masa berbaki. Dr kata dia nak buat ‘revision’ dengan kami, revision tu oral exam weyh. 

*hati: mati lah aku mati lah aku. Aku tak studi apa benda langsung nih 😣

Satu demi satu Dr tanya. Dari A ke B sampailah Z. Mujurlah semua soalan yang ditanya adalah soalan yang aku dan tiqah tawu dan boleh jawab dengan lancarnya. 

Lega hati bila nampak muka ketat Dr dah bertukar jadi senyuman paling manis dalam dunia 😂 cia cia sgt weyh.

I will take your attendance, because ure very excellent 🙂

What ? Like syessly Dr ?

Yes. I am syess. Dissmiss your patient & you can go.

Aku: Sorry tiq. Sebab aku lewat, sekali2 ko kena. Haha 😝
Tiq: Aku harap aku boleh jawab macam ko jawab tadi dalam final exam nanti. Amiin. 

Aku, Tiq: Amiiiinnnnnn 

Makaaaa berlalu pergi lah kami – 2 orang sahabat kuar dari klinik scaling dengan bahagianya. 

Alhamdulillah ala kulli hal.

Syukran Allah. 

Doakan kami berjaya dalam final exam tahun nih ya. CLINICAL EXAM, WRITTEN EXAM & ORAL EXAM. Tq 🙆

Walk In 🙆

Bismillah. 

Suka aku untuk rajinkan diri update kisah2 klinik di sini sebagai kenangan yang aku boleh ingat dan sedar betapa jauh dah aku lalui. Tinggal beberapa hari dan bulan lagi untuk dihabiskan. 

Mohon hati makin tabah. 

Klinik gigi palsu. 

Aku kira klinik nih lah yang paling aku takut untuk aku hadapi final clinical exam nanti sebab susah nak cari patient dan susah nak siapkan requirements. 

Gigi palsu penuh/ complete denture. Seperti yang kita tawu lah mostly memang untuk pakcik makcik tua2 yang dah kehilangan gigi. 

Bila gigi takda, bone yang support gigi pon dah lose. Gusi yang mengelilingi gigi pon dah flat. 

Selalunya kami buat ammu/pakcik berbayar (setiap visit 35 LE × 5 kali visit). Tapi this year ammu2 nih mogok ke apa taktawu lah – depa takmo datang dah klinik kami. 
Cerita aku: 

Ammu berbayar 1: siap first step dah, tinggal lagi 4 step. LARI.

Ammu berbayar 2: same – siap first step dah, tinggal lagi 4 step. LARI. 

Ammu ke3: walk in – tak berbayar, sangat baik. 

Bila ammu baik, aku baik *eh ? Haha. Technician pulak buat hal. Kerja sambil lewa. Akhirnya: 

Maxillary/Upper special tray is too wide cause rocking in patient’s mouth. 

Dr tak kasi aku proceed unless kalau technician buat yang baru. So I went there talked to tech I want a new one special tray, with a good border & flange. Of course shoud be sufficient retention and stability. How can someone yang dibayar gajinya buat keja acuh tak acuh gitu ? Makan gaji buta ke ? 

Lower special tray pulak kena trim la apa bagai. Buat border molding ke laut. Kan dah cakap, less patient less training then clinical skill out. Kesian kat diri sendiri balik la. Ada patient tapi patient lari gini lah jadinya. 

Dah banyak sangat hal pasal upper & lower special tray ditambah ngan kgkwn yang datang ngadu itu ini. Camna ahh Najaa nak buat ? Camna ahh patient tu ? Najaa saya nak share ngan awak ammu nih boleh tak ? Najaa saya nak cop after awak bla bla bla. Annoying tawu tak. Dah tawu owg tgh buat keja lain boleh tak jangan kusutkan kepala hotak aku lagi. Aku tak suka ganggu owg lain treat patient dan aku pon tak suka kalau owg ganggu aku time aku treat patient. Kalau masing2 paham simple rule gitu kan senang. 

Bila kemarahan berakhir dengan tangisan. I really hate this. Mujurlah pakai mask, takda sapa nampak hidung badut 👃 aku. Haha. Tapi obvious ahh mata merah bhai. Dah tak pakai spek an sekarang directly owg nampak mata aku haha 👀 
Aku pulak kalau nangis, aku tak suka owg datang bagi nasihat sabarlah najaa, time belajar memang gini lah bla bla bla sambil tepuk bahu aku. 

Tak payah. Hati aku da cukup kuat untuk nasihatkan diri sendiri. Bukan sombong, bukan ego. Tapi style aku macam tu. 

Just nice kalau ada yang nak dengar luahan aku tapi utk nasihat dan pujuk aku utk kuat. Tak perlu. Memang jenis aku kuatkan diri dan hati sesorang. 

Sebab banyak bersendiri an. Motivasi diri lebih kuat. Tak bergantung pada semangat orang lain 🙆

Hati aku selalu cakap:

Nak sedih boleh. Nak nangis boleh. Nak down boleh. Nak give up pon boleh. Tapi cukup dengan satu hari. Jangan extend terbawa2 ke hari2 lain dan affect the whole year. Kita dah terlalu hampir dengan goals. Sikit ja lagi beb. Make mom n dad proud of you, insyaAllah 💕

Maka, aku kembali pulih setelah sehari kurungkan diri dalam bilik memikirkan masa depan. Drama sangat weyhh 😂
K guys, ada masa akan ku coretkan lagi kenangan pahit di sini.

Doakan semuanya baik2 saja, ya.
Thanks. Take care, garnier 💕

Congrats senior 🎓

Bismillah.

Wahhh bestnya senior medic dah nak konvo next week. Jelesnya i 😥

Harungi perjalanan sebagai budak medic selama 6 tahun setengah or almost 7 tahun dekat sini, sangatlah membanggakan. 

Thaniah guys. Uolls did it. 

So nak dijadikan ceritanya, kami ada sowg senior laki yang agak kami selesa. Perwatakkan dia okay lah dan lembut macam puang sebab dia sowg ja laki dalam adik beradik. Haha. Tapi bukan lembut aw lembut pondan tu k. 

Nih lelaki tulen tapi ayat dia tak kasar macam lelaki lain. So aku iman dan nana plan nak bagi hadiah sempena konvonya. 

Pikir punya pikir, last2 bagi bouquet of flowers & chocolates. Typical hadiah konvo lah. Haha. Delivery directly to him pada hari konvonya nanti. Surprise2 senior ! Mohon terharu. 

Pesanan aku utk ko, senior: Tahniah. Semoga menjadi Dr yang bermanfaat untuk ummah dan semoga tabah lalui hari3 yang ‘tough’ once dah jadi HO kat Malaysia nanti. Yang penting jangan give up *ewahh pandainya aku cakap, padahal minggu lepas nangis bagai nak rak sebab nak quit hahahaha*

Aku cakap ngan senior guna aku ko ja weyh. Even senior takda maknanya aku nak panggil abang. Abang kandung pon aku ber’weyh woii’ ja. Haha. Owg kedah mmg steady gitu la kan. 

I wish to get these on my convo day, can I ? 


Alat makeup tak kisah sgt kalau tak dapat. Yang spongebob tu wajib haha. Spongebob + coklat + sebentuk cincin hahaha demand nau aku. 

K guys, time to off. Buku kata mari, henset kata pergi 😂

Doakan aku kuat, hadapi saki baki tahun akhir. 

Doakan patients turun dari langit untuk aku siapkan requirements, hadapi semifinal cinical exam dan the Real Final clinical exam very soon. 

Thanks ya. Lots of love from Egypt 💕

Endo = Rawatan Akar

Bismillah. U know guys, rawatan akar dalam bahasa dentistry ialah Endodontics.
Endo= inside
Don= tooth

Any treatment yang related dengan ‘inside tooth’, kita panggil rawatan akar.

Story of my patient aku tadi, Makcik arab berumur 36 tahun. Takda la makcik sangat pon ekceli. Nampak muda ja. Haha. Tapi dah menjadi kebiasaan dekat Mesir, kami akan panggil makcik dengan gelaran Mama.

Contohnya:
Ya Mama (wahai makcik).
Ta’al mama (mari, jom makcik).
Izzayik mama (apa khabar, makcik?)

Gituuu. Mama nih baik. Cooperative patient. She loves me and I love her, too. Haha. #DentistPatientGoals #RelationshipGoals

Dia ada penyakit bronchial asthma. So management dia lain sikit dari pesakit yang normal. Type of Local Anesthesia (ubat bius) pon lain. Dia buat bridge, metallic layer of her bridge dah pon perforated – dekat gigi lower 5 (lower second premolar) resulting her acute pulpitis.

Chief complaint: Pain – mengadu sakit
Pulp condition: Vital – masih hidup, tak capai tahap necrosis (mati) lagi.

Rawatan akar selalunya memakan masa selama 3 visits.

Visit 1: Diagnose (check dulu apa masalah gigi patients kita), access cavity preparation (buka laluan ke arah rawatan akar).

Visit 2: Mechanical instrumentation (Cleaning and Shaping – kita cuci dan buang segala kotoran dalam akar)

Visit 3: Obturation (masukkan gutta percha/getah perca dalam akar gigi patient untuk gantikan ataw mengisi kekosongan ruang akar yang kita dah cuci tadi)

Minggu lepas, visit 1: Aku buat access cavity dalam masa 15-20 min – buka ruangan ke akar gigi. Disebabkan pulp dia masih vital. So once aku dah sampai pulp, darah mencurah2 lah. Banyak gila darah dia. Bleeding. Aku memang berperang dengan blood ahh nih. Tak cukup darah tu penuhi ruang akar, dia kuar sampai ke gusi keliling gigi. Aku apply cotton. Lap sumanya. Panggil Dukturah untuk check. Dukturah said: excellent. Terharu + eksaited. Berjaya jugak buat tanpa pertolongan Dukturah, yang pastinya dengan pertolongan Allah. Alhamdulillah. Aku letak secepis cotton with formocreso and put temporary fillings (tampalan sementara). Dan dismissed patient.

Okay, untuk yang taktawu gigi premolar tu gigi apa, boleh teliti gambar ini. Belakang canine (gigi taring), ada 2 premolars (1st premolar = 4, 2nd premolar = 5), after that gigi molars (geraham). So can u spot which tooth I have worked on ? 🙆

Aku search kat google tapi takda image gigi lower 5. Nih upper 5. Tapi lebih kurang nih ja. Nak tunjuk contoh cana access cavity prep itu dilakukan. Gila skema ayat aku 😂

So today, sambungan dari visit 1 minggu lepas, aku proceed ke next step.
Pasang rubber dam with clamp (seperti gambar di atas – warna hijau keliling gigi tu), the reduction crown (sebab gigi yang pernah buat bridge) fracture pulak, kat bahagian buccal. Dukturah cakap tak payah guna rubber dam. Proceed sahaja. Cuakkkkk 😰:o😱 Sebab Dukturah dah try extend dari molar, tak boleh jugak. Try extend dari anterior pon tak boleh. First time tak guna rubber dam. Bhai, kalau patient tertelan file ke gutta percha ke cana dowh. Nauzubillah min zalik. Dalam hati tak henti2 minta Allah tolong. Debar dah nih. Heart beat dah laju gila.

Amik Xray initial file. Tunjuk dekat Dukturah this is okay ke tak. Dukturah kata good job. Proceed. So settlekan step di visit 2 dalam masa 15 min sahaja. Gila laju baban aku buat weyhh. Macam Dr pakar haha 🙆. Ehh tak, kalau pakar 5 min ja kot.

Contoh H files – phase III cleaning & shaping

Contoh K files – phase I and II cleaning and shaping

Xray lagi, cari master cone. Tunjuk pada Dukturah. Dukturah said: Nice, make obturation now. Means aku habiskan step dalam visit 2 dan 3 in the same day. Lajunya aku buattt, hwaaaa nak nangis. Tak sangka gila aku boleh buat selaju ini 😣😣😣

Cepat2 lari amik Root Canal Sealer. Campur powder + liquid. Settle. Amik speader. Keringkan ruangan akar. Apply sealer dengan speader all over the wall of akar gigi. Amik gutta percha masukkan satu demi satu sampailah memenuhi ruangan akar tadi. Settle. 

Amik torch/bunsen burner, panaskan condenser dan buang lebihan gutta percha. Amik Xray lagi, nak tunjuk okay ke tak obturation aku. Tunjuk Dukturah, she said: Very nice, good. Make final restoration. So aku pon, cepat2 bancuh Glass Ionomer Cement (GIC) as final restoration before dia pasangkan semula bridge yang dah pon tertanggal tu.

Nih yang akan digunakan masa Obturation. Yang putih tu: paper point, digunakan untuk mengeringkan ruang akar gigi. Yang warna oren: gutta percha yang akan mengisi ruangan kosong akar. Yang bawa tu speader, instrument untuk compact kan lagi gutta percha dalam ruangan akar.

1) Master Cone, 2)Spreader + MC, 3)MC dan gutta percha yang lain 4)buang lebihan gutta percha

Aku: Mama, hasyu asob kholas (rawatan akar dah siap).

Mama: Enti kuwayis awi (awak baik sangat). 

Bersalaman. Berpelukkan. Sedih pulak asa tapi hepi sebab dah siap 😂

Guys, bila uolls baca post aku. Akan ada yang baca tapi tak paham. Akan ada yang baca tapi paham. Akan ada yang baca tapi cakap napa cara kita berbeza ?

This is summary apa yang aku buat hari nih. Kalau aku nak cita suma, tak muat blog aku agaknya 😂 Dan untuk di Malaysia, aku tak pernah tgk Dr buat depan2 mata aku tapi aku rasa kaedahnya sama. Boleh tengok video2 pendek + comel yang banyak dishare di page2 Dentistry di FB. Juga, luangkan masa anda untuk mengkaji sikit demi sikit apa itu rawatan akar. Kenapa dengan akar ? Akar tu pulp ke ? Pulp tu apa ? Macam mana pulp boleh mati ? Kenapa kena buat rawatan akar ? Kenapa tak cabut je ? Macam mana kalau terjadi pada gigi susu ? Macam mana pula rawatannya ? Hahaha. Saiko namateyyy. 5 tahun belajar tak cukup bhai. K bai 😂

Letih sangat beb. Syessly letih. Hati aku menjerit kot tadiiii: Done. Finally I’m done 😣 Tahniah diucapkan pada diri sendiri kerana berjaya buktikan pada diri yang aku mampu bekerja selaju dan sedasyat ini. Realised it, I have some improvement in clinical skill. Alhamdulillah ya Rabb 😥

Doakan. Aku dan kengkawan GOT – grad on time, tahun nih jugak. Ya ? Macehhh uolls. Gudnite.

Hijau: Rubber dam sheet, LVE: files, O: clamp

Bridge 

Bismillah. 

​Kemaqin: I have a good news. Guess what ?

Hari nih: I got sad n bad story. Guess what ?
Would like to say… Tima kasih beb sebab selalu ada untuk dengar cita aku 😥
Cerita hari nih: keadaan patient aku luarannya nampak normal tapi sebenarnya sangat complicated dan Dr tak izinkan aku buat sebab aku undergraduate. Kot.
Conclusion yang Dukturah kasi pada aku tadi: 

“This patient is contraindicated for you and you should find another patient” – ayat yang simple tapi pahit untuk aku telan. 

Mohon patient Crown & Bridge turun dari langit untuk aku siapkan requirements before final exam menjelang tiba 😣
Guys, doakan aku. Ya ?

Korean Food

Bismillah. 

Boleh pergi lagi Gaya Restaurant, Maadi nih weyh. 

Untuk orang yang macam aku yang nak sangat makan makanan macam Lee Min Ho makan dalam kdrama, boleh la bertandang ke sini. 

Sedap, kena dengan selera tekak, banyak, kenyang dan puas hati. Dijamin halal yang pastinya sebab depa asingkan masakan untuk owg Muslim dari non Muslim. 
Tadaaa ~ bibimbap: Rice + vege + meat + egg. 

Orang yang suka sayur macam aku akan rasa heaven gila namatey sebab sumpah sedap dan banyak gila side dishes dia yang fully sayur. 6 mangkuk kecil full dengan sayur. Boleh makan sampai muntah k kalau nak.

Untuk orang yang tak suka makan sayur boleh la start makan sayur kat sini pelan2. Sihat sgt makanannya.
Tempat: Gaya Restaurant, Maadi, Mesir

Boleh google lokasi dan menunya. Ada macam2 jenis. Daging barbeque yang kami share pon sedap. Sedap gila. Maybe sebab aku peminat setia daging kot haha. Kalau tak, kengkawan tak gelar aku gumiho la weyhh 😂

Syessly takley nak gambarkan lah apa perasaan bila boleh kunyah daging. Release suma stress. Nasib baik gigi molars (geraham) aku kuat 😂

Still, Ikan – first ranking makanan yang aku suka. Followed by daging then baru ayam. Ayam last sekali. Haha. Sorry guys. Aku memang pelik. 

Untuk orang2 kat Mesir, memang sangat berbaloi restaurant nih. Kalau bosan asyik2 makan makanan melayu, sekali2 nak ubah selera dan angin boleh la berkunjung ke sini.  

Thanks Nur Imanina and Nur Syazana. 

Nak pergi lagi sekali before balik Malaysia. InsyaAllah.

Okay guys. See you. 

Real Madrid | STB 

Bismillah. Guys, aku baru balik berjimba ngan kengkawan kat mall. Post-midterm exam kata ko 😄

Walaupon ada lagi 1 paper Surgery yang Dukturah postpone after winter break, weolls be like…do we care ? Kahkah. Macam tak biasa studi last min kan. 3 buku pon boleh sumbat within 5 min. Okay over 😂

Short essay (not really short ekceli) from me before go to bed. Kita dapat rasa yang kita da bertambah matang pabila kisah cinta kita tak di exposed ke orang luar kecuali kawan2 yang kita rapat dan percaya. 

Kita boleh rasa kita da bertambah matang, bila kita tak suka compare relationship kita ngan orang lain. Hubungan aku mak abah da restu, tinggal nak ijab qabul ja. Orang lain parents tak yakin lagi. Orrr orang lain jenis dapat hadiah ipong bunga dll. Aku pulak dapat jersey bola couple ? Man United kot. Walaupon supposed to be Real Madrid because he’s a fan of CR – Christino Ronaldo. Haha. 

Kita dapat rasa kita bertambah matang bila kita malas nak cerita apa perkembangan relationship kita. Contohnya: Jaa, cana ang ngan stb. Lama tak dengar cita ? Jawapan ringkas: Okay ja. Thats all. Tak perlu orang lain nak tawu apa that guy buat, apa dia bagi dll. Jaa, apa progress relay hampa ? Bajet kawin, apa yang dia buat utk dapat duit dan usahakan ke arah perkahwinan ? One word: Rahsia. Ada rezeki, kami awal. Takda, lambat sikit. Tak perlu buang masa karang ayat panjang2, cerita satu2. Kekadang ada yang iri hati. Kekadang ada yang tak suka. Dan aku pon tak suka nak heboh2. Cukup owg tawu. Aku dan dia masih berdua. Kahkah.  

Sebab kawan aku. One of my kawan selalu nak compare2 cita aku ngan dia. Obviously bila dia nampak stb sangat sweet dan sangat memahami walaupon aku tak cita *stalker, maybe ?* mula lah nak tweet sana sini cita her man pon sweet. Acah2 sweet or hambar sweet ? Either one or maybe both. 

Apa2 pon. Aku suka dengan perjalanan cerita aku sekarang. Dia bestfriend forever, dia musuh abadi kalau nak gadoh, dia kawan bahan membahan, dia buah hati, dia my other half *in future, doakan. Hiks* 

You know what: 

If I know what love is, it is because of you 💕

The end. 

Nite, uolls 😪