Whats ur name ? NA 👅

Bismillah.

Uolls sihat ke ? Malaysia sihat ? Misr macam biasa aja. 

Budak Nakal. Bukan tajuk lagu Aida Jebat k. Haha. Nakal ini merujuk pada aku yang pastinya. 

Klinik rawatan akar: pukul 8-11 am. Because of aku busy treat patient rawatan akar ahad lepas, usai saja rawatan akar aku terus berlari ke sana sini untuk handle beberapa orang patients lain. 

Disebabkan itulah, aku masuk agak lambat ke klinik scaling (cuci gigi). Klinik scaling pukul 11-2 pm. Dan aku terlewat 45 minit 😂 mana Dr tak target muka aku bhai. Aku paling lambat. 

Scaling – cuci/bersihkan gigi dari plak dan karang gigi yang menebal dari hari ke hari

Sebaik saja aku masuk klinik scaling, Dr panggil. 
Whats ur name?

Najaa Ajlaa

Why ure late ? Do you know whats time now ?

*tgk jam: 11.45 am. Makkk aiii, gila lambat* 

I am sorry Dr. 

No attendance for student whos coming late. U should know that. 

Okay Dr. I’m sorry.

*hati: tak kisah pon dapat ke tak attendance asalkan dapat pengalaman scaling patient. Phewww mana nak cari student redha dan ikhlas macam aku 😂 haha ayat penyedap hati ke.

Aku nampak muka Dr – ketat dan tak puas hati ngan aku. Sedang tiqah khusyuk scaling patient, Dr suruh tiqah stop dan suruh aku buat. Haha. Aku buat, macam biasa confidence level kena tinggi walaupon akan ada salah haha.

Dah settle scaling, dan banyak lagi masa berbaki. Dr kata dia nak buat ‘revision’ dengan kami, revision tu oral exam weyh. 

*hati: mati lah aku mati lah aku. Aku tak studi apa benda langsung nih 😣

Satu demi satu Dr tanya. Dari A ke B sampailah Z. Mujurlah semua soalan yang ditanya adalah soalan yang aku dan tiqah tawu dan boleh jawab dengan lancarnya. 

Lega hati bila nampak muka ketat Dr dah bertukar jadi senyuman paling manis dalam dunia 😂 cia cia sgt weyh.

I will take your attendance, because ure very excellent 🙂

What ? Like syessly Dr ?

Yes. I am syess. Dissmiss your patient & you can go.

Aku: Sorry tiq. Sebab aku lewat, sekali2 ko kena. Haha 😝
Tiq: Aku harap aku boleh jawab macam ko jawab tadi dalam final exam nanti. Amiin. 

Aku, Tiq: Amiiiinnnnnn 

Makaaaa berlalu pergi lah kami – 2 orang sahabat kuar dari klinik scaling dengan bahagianya. 

Alhamdulillah ala kulli hal.

Syukran Allah. 

Doakan kami berjaya dalam final exam tahun nih ya. CLINICAL EXAM, WRITTEN EXAM & ORAL EXAM. Tq 🙆

Walk In 🙆

Bismillah. 

Suka aku untuk rajinkan diri update kisah2 klinik di sini sebagai kenangan yang aku boleh ingat dan sedar betapa jauh dah aku lalui. Tinggal beberapa hari dan bulan lagi untuk dihabiskan. 

Mohon hati makin tabah. 

Klinik gigi palsu. 

Aku kira klinik nih lah yang paling aku takut untuk aku hadapi final clinical exam nanti sebab susah nak cari patient dan susah nak siapkan requirements. 

Gigi palsu penuh/ complete denture. Seperti yang kita tawu lah mostly memang untuk pakcik makcik tua2 yang dah kehilangan gigi. 

Bila gigi takda, bone yang support gigi pon dah lose. Gusi yang mengelilingi gigi pon dah flat. 

Selalunya kami buat ammu/pakcik berbayar (setiap visit 35 LE × 5 kali visit). Tapi this year ammu2 nih mogok ke apa taktawu lah – depa takmo datang dah klinik kami. 
Cerita aku: 

Ammu berbayar 1: siap first step dah, tinggal lagi 4 step. LARI.

Ammu berbayar 2: same – siap first step dah, tinggal lagi 4 step. LARI. 

Ammu ke3: walk in – tak berbayar, sangat baik. 

Bila ammu baik, aku baik *eh ? Haha. Technician pulak buat hal. Kerja sambil lewa. Akhirnya: 

Maxillary/Upper special tray is too wide cause rocking in patient’s mouth. 

Dr tak kasi aku proceed unless kalau technician buat yang baru. So I went there talked to tech I want a new one special tray, with a good border & flange. Of course shoud be sufficient retention and stability. How can someone yang dibayar gajinya buat keja acuh tak acuh gitu ? Makan gaji buta ke ? 

Lower special tray pulak kena trim la apa bagai. Buat border molding ke laut. Kan dah cakap, less patient less training then clinical skill out. Kesian kat diri sendiri balik la. Ada patient tapi patient lari gini lah jadinya. 

Dah banyak sangat hal pasal upper & lower special tray ditambah ngan kgkwn yang datang ngadu itu ini. Camna ahh Najaa nak buat ? Camna ahh patient tu ? Najaa saya nak share ngan awak ammu nih boleh tak ? Najaa saya nak cop after awak bla bla bla. Annoying tawu tak. Dah tawu owg tgh buat keja lain boleh tak jangan kusutkan kepala hotak aku lagi. Aku tak suka ganggu owg lain treat patient dan aku pon tak suka kalau owg ganggu aku time aku treat patient. Kalau masing2 paham simple rule gitu kan senang. 

Bila kemarahan berakhir dengan tangisan. I really hate this. Mujurlah pakai mask, takda sapa nampak hidung badut 👃 aku. Haha. Tapi obvious ahh mata merah bhai. Dah tak pakai spek an sekarang directly owg nampak mata aku haha 👀 
Aku pulak kalau nangis, aku tak suka owg datang bagi nasihat sabarlah najaa, time belajar memang gini lah bla bla bla sambil tepuk bahu aku. 

Tak payah. Hati aku da cukup kuat untuk nasihatkan diri sendiri. Bukan sombong, bukan ego. Tapi style aku macam tu. 

Just nice kalau ada yang nak dengar luahan aku tapi utk nasihat dan pujuk aku utk kuat. Tak perlu. Memang jenis aku kuatkan diri dan hati sesorang. 

Sebab banyak bersendiri an. Motivasi diri lebih kuat. Tak bergantung pada semangat orang lain 🙆

Hati aku selalu cakap:

Nak sedih boleh. Nak nangis boleh. Nak down boleh. Nak give up pon boleh. Tapi cukup dengan satu hari. Jangan extend terbawa2 ke hari2 lain dan affect the whole year. Kita dah terlalu hampir dengan goals. Sikit ja lagi beb. Make mom n dad proud of you, insyaAllah 💕

Maka, aku kembali pulih setelah sehari kurungkan diri dalam bilik memikirkan masa depan. Drama sangat weyhh 😂
K guys, ada masa akan ku coretkan lagi kenangan pahit di sini.

Doakan semuanya baik2 saja, ya.
Thanks. Take care, garnier 💕

Endo = Rawatan Akar

Bismillah. U know guys, rawatan akar dalam bahasa dentistry ialah Endodontics.
Endo= inside
Don= tooth

Any treatment yang related dengan ‘inside tooth’, kita panggil rawatan akar.

Story of my patient aku tadi, Makcik arab berumur 36 tahun. Takda la makcik sangat pon ekceli. Nampak muda ja. Haha. Tapi dah menjadi kebiasaan dekat Mesir, kami akan panggil makcik dengan gelaran Mama.

Contohnya:
Ya Mama (wahai makcik).
Ta’al mama (mari, jom makcik).
Izzayik mama (apa khabar, makcik?)

Gituuu. Mama nih baik. Cooperative patient. She loves me and I love her, too. Haha. #DentistPatientGoals #RelationshipGoals

Dia ada penyakit bronchial asthma. So management dia lain sikit dari pesakit yang normal. Type of Local Anesthesia (ubat bius) pon lain. Dia buat bridge, metallic layer of her bridge dah pon perforated – dekat gigi lower 5 (lower second premolar) resulting her acute pulpitis.

Chief complaint: Pain – mengadu sakit
Pulp condition: Vital – masih hidup, tak capai tahap necrosis (mati) lagi.

Rawatan akar selalunya memakan masa selama 3 visits.

Visit 1: Diagnose (check dulu apa masalah gigi patients kita), access cavity preparation (buka laluan ke arah rawatan akar).

Visit 2: Mechanical instrumentation (Cleaning and Shaping – kita cuci dan buang segala kotoran dalam akar)

Visit 3: Obturation (masukkan gutta percha/getah perca dalam akar gigi patient untuk gantikan ataw mengisi kekosongan ruang akar yang kita dah cuci tadi)

Minggu lepas, visit 1: Aku buat access cavity dalam masa 15-20 min – buka ruangan ke akar gigi. Disebabkan pulp dia masih vital. So once aku dah sampai pulp, darah mencurah2 lah. Banyak gila darah dia. Bleeding. Aku memang berperang dengan blood ahh nih. Tak cukup darah tu penuhi ruang akar, dia kuar sampai ke gusi keliling gigi. Aku apply cotton. Lap sumanya. Panggil Dukturah untuk check. Dukturah said: excellent. Terharu + eksaited. Berjaya jugak buat tanpa pertolongan Dukturah, yang pastinya dengan pertolongan Allah. Alhamdulillah. Aku letak secepis cotton with formocreso and put temporary fillings (tampalan sementara). Dan dismissed patient.

Okay, untuk yang taktawu gigi premolar tu gigi apa, boleh teliti gambar ini. Belakang canine (gigi taring), ada 2 premolars (1st premolar = 4, 2nd premolar = 5), after that gigi molars (geraham). So can u spot which tooth I have worked on ? 🙆

Aku search kat google tapi takda image gigi lower 5. Nih upper 5. Tapi lebih kurang nih ja. Nak tunjuk contoh cana access cavity prep itu dilakukan. Gila skema ayat aku 😂

So today, sambungan dari visit 1 minggu lepas, aku proceed ke next step.
Pasang rubber dam with clamp (seperti gambar di atas – warna hijau keliling gigi tu), the reduction crown (sebab gigi yang pernah buat bridge) fracture pulak, kat bahagian buccal. Dukturah cakap tak payah guna rubber dam. Proceed sahaja. Cuakkkkk 😰:o😱 Sebab Dukturah dah try extend dari molar, tak boleh jugak. Try extend dari anterior pon tak boleh. First time tak guna rubber dam. Bhai, kalau patient tertelan file ke gutta percha ke cana dowh. Nauzubillah min zalik. Dalam hati tak henti2 minta Allah tolong. Debar dah nih. Heart beat dah laju gila.

Amik Xray initial file. Tunjuk dekat Dukturah this is okay ke tak. Dukturah kata good job. Proceed. So settlekan step di visit 2 dalam masa 15 min sahaja. Gila laju baban aku buat weyhh. Macam Dr pakar haha 🙆. Ehh tak, kalau pakar 5 min ja kot.

Contoh H files – phase III cleaning & shaping

Contoh K files – phase I and II cleaning and shaping

Xray lagi, cari master cone. Tunjuk pada Dukturah. Dukturah said: Nice, make obturation now. Means aku habiskan step dalam visit 2 dan 3 in the same day. Lajunya aku buattt, hwaaaa nak nangis. Tak sangka gila aku boleh buat selaju ini 😣😣😣

Cepat2 lari amik Root Canal Sealer. Campur powder + liquid. Settle. Amik speader. Keringkan ruangan akar. Apply sealer dengan speader all over the wall of akar gigi. Amik gutta percha masukkan satu demi satu sampailah memenuhi ruangan akar tadi. Settle. 

Amik torch/bunsen burner, panaskan condenser dan buang lebihan gutta percha. Amik Xray lagi, nak tunjuk okay ke tak obturation aku. Tunjuk Dukturah, she said: Very nice, good. Make final restoration. So aku pon, cepat2 bancuh Glass Ionomer Cement (GIC) as final restoration before dia pasangkan semula bridge yang dah pon tertanggal tu.

Nih yang akan digunakan masa Obturation. Yang putih tu: paper point, digunakan untuk mengeringkan ruang akar gigi. Yang warna oren: gutta percha yang akan mengisi ruangan kosong akar. Yang bawa tu speader, instrument untuk compact kan lagi gutta percha dalam ruangan akar.

1) Master Cone, 2)Spreader + MC, 3)MC dan gutta percha yang lain 4)buang lebihan gutta percha

Aku: Mama, hasyu asob kholas (rawatan akar dah siap).

Mama: Enti kuwayis awi (awak baik sangat). 

Bersalaman. Berpelukkan. Sedih pulak asa tapi hepi sebab dah siap 😂

Guys, bila uolls baca post aku. Akan ada yang baca tapi tak paham. Akan ada yang baca tapi paham. Akan ada yang baca tapi cakap napa cara kita berbeza ?

This is summary apa yang aku buat hari nih. Kalau aku nak cita suma, tak muat blog aku agaknya 😂 Dan untuk di Malaysia, aku tak pernah tgk Dr buat depan2 mata aku tapi aku rasa kaedahnya sama. Boleh tengok video2 pendek + comel yang banyak dishare di page2 Dentistry di FB. Juga, luangkan masa anda untuk mengkaji sikit demi sikit apa itu rawatan akar. Kenapa dengan akar ? Akar tu pulp ke ? Pulp tu apa ? Macam mana pulp boleh mati ? Kenapa kena buat rawatan akar ? Kenapa tak cabut je ? Macam mana kalau terjadi pada gigi susu ? Macam mana pula rawatannya ? Hahaha. Saiko namateyyy. 5 tahun belajar tak cukup bhai. K bai 😂

Letih sangat beb. Syessly letih. Hati aku menjerit kot tadiiii: Done. Finally I’m done 😣 Tahniah diucapkan pada diri sendiri kerana berjaya buktikan pada diri yang aku mampu bekerja selaju dan sedasyat ini. Realised it, I have some improvement in clinical skill. Alhamdulillah ya Rabb 😥

Doakan. Aku dan kengkawan GOT – grad on time, tahun nih jugak. Ya ? Macehhh uolls. Gudnite.

Hijau: Rubber dam sheet, LVE: files, O: clamp

Bridge 

Bismillah. 

​Kemaqin: I have a good news. Guess what ?

Hari nih: I got sad n bad story. Guess what ?
Would like to say… Tima kasih beb sebab selalu ada untuk dengar cita aku 😥
Cerita hari nih: keadaan patient aku luarannya nampak normal tapi sebenarnya sangat complicated dan Dr tak izinkan aku buat sebab aku undergraduate. Kot.
Conclusion yang Dukturah kasi pada aku tadi: 

“This patient is contraindicated for you and you should find another patient” – ayat yang simple tapi pahit untuk aku telan. 

Mohon patient Crown & Bridge turun dari langit untuk aku siapkan requirements before final exam menjelang tiba 😣
Guys, doakan aku. Ya ?

Hello ^-^

Bismillah. Salam alaik. 

Aku kira sangatlah lama aku tak update any story mory kat sini.

Since suma orang tawu aku dah balik Mesir dan sibuk dengan tahun akhir sampai rasa macam nak mati – gila penat. 

Klinik start hari Ahad sampai Selasa. Pukul 8 pagi sampai 5 petang. 

Hari Rabu dan Khamis, fully lecture class start dari 8 pagi sampai 5 petang jugak. Kira rezeki lah kalau Dr ada meeting ataw tak datang kuliah atas sebab2 tertentu, so boleh balik awal. Haha.

Alhamdulillah, tahun nih Dr terbuka pintu hati nak bagi kami cuti 2 hari – Jumaat dan Sabtu. 4 tahun yang lalu, kami memang cuti Jumaat ja k guys. Tolong paham macam mana packnya jadual aku. 

Dah 3 minggu kami start klinik dan kelas. Within this 3 weeks jugak, tersangatlah banyak kisah aku dan patients – yang aku kira sangat menguji kesabaran. Kesabaran yang dah hampir terbatas. 

As you known, kami kena cari patients untuk rawatan: 

Tampalan, Cuci gigi, Rawatan akar, Cabut gigi, Crown and Bridge, Gigi palsu separuh dan penuh. 

Bila banyak patients, maka banyak lah ragamnya: 

Yang selalu janji nak datang tapi tak muncul2, buatkan aku tunggu macam batu kat klinik tu berjam2. Call tak angkat, wasap tak balas malah dikrik2kan.
Yang tanya macam2 soalan tentang rawatan gigi tapi end up bertaaruf dengan aku hal2 peribadi. 

Yang datang dan bebel2 sibuk nak bezakan rawatan mesir dan malaysia. 

Yang datang bebel2 marah Dr yang tak layan dia dan sebagainya. 

Yang datang nak itu dan ini and so on. 

K guys, doakan kami tabah dan mudah dapat patients yang sesuai dengan jenis rawatan yang kami sediakan. 

Tunggu my next post pasal gigi dan ragam patients.

InsyaAllah. See you, soon. Take care, garnier ☺ 

#DrGigiPusingKP-2

Bismillah, salam alaik.
[Day 2 – Attachment]

Hello guys. We meet again.
8.30 pagi:

Aku dan staff nurse menaiki van klinik yang dihantar oleh Driver klinik, En Kamal *kalau tak silap aku, ngee sorry pakcik* ke Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kiara.

Bak kata Matren Kamariah or people called her Matren K (someone yang berada di bahagian pengurusan atau lebih kepada pemerhati), kita ada 116 buah sekolah rendah dan 36 buah sekolah menengah untuk dilawat dan melakukan dental checkup per year.

9.00 pagi:

Kami tiba di perkarangan sekolah, setup portable dental chair, on compressor suction, letak distilled water, prepare disinfectant solution untuk bur + handpiece (hp) + dental instruments yang dah digunakan so that after guna boleh terus masukkan dalam solution tu dan next step masukkan ke dalam autoclaves (this procedure is to kill the bacteria and prevent infection), check on student dental card yang warna hijau macam kita kat sekolah dulu.

10.45 pagi: 

Kami ke kantin sekolah untuk breakfast, tapi kami terus amik heavy one lah. Nasi + lauk, sebab after this tak sempat dah nak makan. There are too many students yang perlu ditampal dan dibaiki giginya.

Aku dimaklumkan oleh staff nurse, mereka yang akan take over kes budak sekolah rendah. Dental officer which means Dr hanya akan amik kes remaja 17 tahun dan ke atas. Tapi if necessary, Dr akan turun jugak ke sekolah. Based on schedule Dr dan staff nurse yang dah disediakan.

11.15 pagi:

Kami kembali ke bilik yang mana barang Dental sudah siap disetup dan waktu rehat budak2 pon da habis, so kita start dengan patient yang pertama kedua dan seterusnya.

Aku rasa rindu sangat nak treat patients. Kalau lah aku dah ada lesen pegawai pergigian yang sah + aku boleh touch patient *not only observe*, aku asa aku dah amik tempat staff nurse untuk tampal gigi budak2 comel tu. Best an asa ?

2.30 petang:

Kemas2 dan tunggu van klinik datang amik kami. Esok staff nurse akan datang lagi ke sekolah tu, settlekan patients yang tak sempat untuk hari nih.

3.15 petang:

Van hantar aku seorang ke KP Bandar (dekat dengan hospital lama) untuk ke department Periodontics (perio – cita bab gusi ahh nih). Aku tak belajar lagi subjek nih, insyaAllah 4th year baru belajar. So i just came to observe and got the idea bout this department. 

Masa aku sampai tu, Dr on surgery. Dr tengah buat suture dekat gusi gigi bawah (kiri) premolar + molar area (kawasan gigi geraham). Dr tu chinese woman. 

Nih part dimana aku kena saiko sampai balik umah asa nak quit jadi Dentist. Seriously. Her words really kill me that time.

Why you choose Egypt ?

There are so many countries among the world yang you boleh pilih. 

You should know our silibus (Malaysia) is same with UK. 

I dont know how’s your studi, I dont know what kind of books you studi. 

I think if I share with you about the patient’s case, there’s no benefit at all sebab you takkan paham pon. 

How you want to serve the country when you know dentist now are too overloaded.

Just finish up your studi and see your position here.

Chronic gingivitis?  I never use that term, see ? How difference the silibus of us ?

You should studi hard and learn the way we learn in Malaysia.

4.30 petang:

Aku balik, En Kamal datang jemput. Bukan dengan van tapi kereta apa ntah tapi hak milik klinik.

5.00 petang:

Aku terus lari masuk dalam kereta. Nangis sesorang. Haha. 

Aku rasa terpukul dan terpukul serta terpukul. Aku student, baru nak masuk Final Year, grad pon belum lagi. Terkena pulak semburan ayat macam tu, hmmm not nice ahh. 

Sedih tu takyah cakap lah, aku tahan ja air mata masa tu. Semangat dah down. Rasa nyesal amik bidang nih. Rasa nyesal buang masa dalam bidang nih. Macam2 rasa. Aku baru student, belum lagi fydo, ni pon da kena macam2.

Tapi bila difikirkan balik, standard lah Dr atasan bagi ayat harsh kat Dr bawah. Di mana2 department pon, benda nih akan ada. 

Tapi kita lah kena kuat, kena belajar serap tekanan, amik yang postitif, tinggalkan word yang negatif. Teruskan semangat, go on je.

—————————————–

Dia saiko je tu, takpe okay je, teruskan. Awak da nak final dah pon – Dr Anis fydo

Best je keja nih dik. Awak ngan kengkawan kan hebat, boleh punya – Dr Wan Nadia (kak chik senior aku)

Kalau kakak2 senior boleh, kenapa aku tak boleh ? 

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Keep calm and become a Dentist ☺

Bilik dental checkup
Students card
Bilik 1
Mesin untuk mix Amalgam (tampalan warna hitam)
Bilik 2
Stay Strong, NA 🙂

Speky gurl, it’s you? Me?

Bismillah.

Salam alaik.

image

[You’re more beauty in glasses]

That gurl who every days, seconds, months, years wears that glasses. It’s me.

No one knows what I feel when I lost my glasses.

I cant see clearly, I cant write properly, I cant even hear every words nicely.

Meraba2 cari glasses, asking people surround me to find mine.

And I cant even do anything if I failed to find it.

With the cost of RM 2-3k, I am really affordable to have an appointment for LASIK in Cairo, Egypt.

But, when I’m keep saying my aim, people’s response is totally annoy me.

Ang cantik dengan spek la.

Awak tak sesuai la kalau tak pakai spek.

Hey awok, takyah la buat lasik, mata sepet macam Cina.

Awak, tak cantik la tak pakai spek.

Awak nampak matang dengan spek. Nampak berkaliber gitu.

Takda siapa paham apa perasaan bazir masa pergi test mata setiap tahun bila terasa power mata naik.

Takda siapa paham perasaan bila orang yang kerja di kedai optic bagitawu power mata kanan 3++, mata kiri 4++, silau 2++.

Takda siapa paham perasaan bazirkan duit ratusan ringgit semata untuk spek mata.

Dalam ratusan tu, dah berapa banyak makanan aku boleh beli. Dah berapa helai baju aku boleh shopping. Dah berapa keping tiket wayang aku boleh tonton.

Takda siapa paham perasaan bila power mata naik dan tak nampak sepatah pon tulisan Dukturah kat whiteboard.

Takda siapa paham perasaan bila power mata naik dan nampak slide Dukturah kembang dan tak jelas.

Takda siapa paham perasaan bila power mata naik dan aku tak cam orang dari jauh lambai/senyum dekat kau.

Takda siapa paham perasaan bila aku tengah buang caries dekat gigi patient (untuk kes tampalan), dan mata aku blur secara tiba2 sebab terlalu fokus pada benda kecik (cavity gigi).

I stop my working handpiece, stand up from my chair and try to look up and down, forth and back. When I get my normal vision, I continue my work.

All these situations, really break my heart. Really kills me thousand times.

Then, pliss stop asking me not to do lasik or whatever treatment to heal my eyes.

Memang, benda yang da “rosak” takkan pulih sepenuhnya macam mula2 ciptaan Tuhan dulu, tapi it’s better dari mata yang bertahun hadap ribu raban power.

Dari mata bulat macam Korea jadi mata sepet macam Cina. You see how that power “eat” my eyes ?

Berapa lama saya nak pakai spek ?

Sampai bila saya kena pakai spek ? Spek yang kanta tebal setiap tahun ?

Macam mana kalau power mata cecah ribu ?

Macam mana nak terus komit dalam dentistry yang tugasnya memang main benda kecik – dalam mulut.

Sampai bila nak meraba cari spek setiap kali bangun tido ?

Sampai bila perlu bergantung pada spek ?

Kalau spek patah ? Kalau spek hilang ?

Hanya speky yang akan memahami speky.

image

Aku tak marah bila orang yang kata aku tak cantik tanpa spek. Sebab aku memang tak cantik. Kahkah cliche.

Bukan kecantikan yang aku cari *tapi cari jugak untuk terus pikat hati si dia. Hikss.* Tapi kegembiraan bila mata dah pulih sedia kala, boleh melihat tanpa spek, boleh pakai shawl dengan aman dan damai macam Kedah. Haha.

Okay guys, doakan duit yang aku simpan untuk LASIK terus mendaki tinggi seperti Gunung Everest. So that, tahun depan I grad without speky.

Doakan, pliss ?

Doakan apa ?

Doakan: 1- Result tahun nih gempak, 2- Naik Final Year, 3- Grad tahun depan, 4- Dapat buat lasik, 5- Stay beauty and matured

Kahkah.

Tenqiue everybody. Lap u, muah !

Take care, garnier.