Dent 5 😢

Ingat lagi aku… spotting/practical exam untuk subjek MaxilloFacial Surgery (MFS).

Studi berbuku2 bagai nak rak. Last2 rak patah haha. K tak lawak -,-

4 buah buku MFS kami baca, revise, tanya2 sesama sendiri dah macam nak written exam bhai. Padahal nih baru preparation untuk clinical exam.

Kami ada 3 part untuk clinical MFS:

1- spotting/practical

2- cases/situation

3- extraction + systemic disease

Aku mula dengan part 1. Dr bagi alat2 kegunaan masa emergency, instrument, xray dan kami kena hurai apa namanya, apa functionnya, apa contentnya, berapa volumenya. Setiap alat berbeza soalannya. 1 soalan hanya diberi masa seminit. Seminit bhai, ko nak tulis apa dalam masa seminit? Campur blurr debar ketar loading punya pasal. Suma kelaut. Paling tak sangka, satu alat emergency yang kami belajar tapi taktawu macam mana rupa parasnya tetiba kuar sebagai salah satu alat dalam spotting exam. Dan aku pon berlalu pergi, mengenang nasib seorang diri. Dalam hati: baru part 1 weyh aku da takley perform. Macam mana next next next. Allah jualah yang mengetahui segalanya.

Part 2. Patient cases/situation. Dr bagitawu seorang patient (pt) datang dan awak dapati bla bla bla. So overall my answer is Le Fort 3 fracture. Aku pon bagitawu macam mana nak diagnose, apa simptom, apa komplikasi, apa treatment. Settle. Tapi still tak puas hati sebab tak all out macam dalam revision ngan classmate. Debar, sebab nih one of the killer subject in 4th year.

Part 3…will be continued.

Advertisements

Dent 4 😢

Bukan senang aku dan kengkawan bermujahadah habiskan clinical exam selama sebulan, bulan April.

Written dan oral exam (bertulis dan lisan) selama 2 bulan, bulan Mei dan Jun.

Total final exam for final year: 3 months.

22/6/17: Last paper (Crown Bridge)

23/6/17: Departure ** Cairo-Kul

24/6/17: Arrival ** Klia – Klia2 – Pen – Kedah

25/6/17: Eidul Fitri

Tak sangka. Semua keperitan ini berbalaskan sebuah kejayaan. Syukur aku panjatkan pada Ilahi.

Aku ingat lagi, Dr bagitahu last min jadual clinical exam. Kami terpaksa ponteng class di saat2 akhir, stay di clinic dari pagi sampai petang untuk cari patients exam. Malangnya tak pernah bernasib baik. Patients kena sailang dengan budak arab, itu wajib. Parients tak indicated untuk cases exam kami, itu pon wajib. Wajib means kebiasaan bagi kami. Frust putus cinta itu biasa sebab dah lama move on, frust takdapat patients tersangatlah merana. Sebab ? Taklena tido, taklalu nak makan tapi still kena makan sebab nak dapatkan tenaga, menangis sampai mata bengkak, give up dengan future.

Tapi ada satu hal yang kami tak pernah lupa – Allah akan selalu bantu dengan caraNya yang tersendiri.

Betol. Setiap pertolongan Allah datang tepat pada waktunya. TanpaMu, siapalah aku.

Terima kasih, Allah 😢😢😢

Dent 3 😢

Sebaik saja dapat result, terus aku jerit Makkkkkkk. Berlarian aku dari bilik ke ruang tamu, mencari mak.

Makkkkk. Aku peluk. Aku nangis. Mak tanya kenapa. Aku nangis lagi. Sampai lah mulut aku boleh bagitahu result aku.

Mak cakap Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tahun paling susah, tahniah.

Aku nangis lagi. Sampai mak cakap, jangan lahhh nangis dah. Haha. Malu pulak rasa.

Sejam kemudian, setibanya abah yang baru balik dari reunion di depan pintu rumah. Aku lariiii mendapatkan abah.

Abahhhhhh. Aku peluk. Aku nangis. Tersedu lagi. Sama macam tadi. Abah tanya result da kuar ? Aku bagitahu result aku.

Alhamdulillah lega. Tahniahhh. Road to graduation. Road to convocation.

Mom and dad, this is for you 💕

Dent 2😢

Bila dah dapat result, macam2 memori ter’throwback’.

Taktawu rasa apa. Dah habis 5 tahun, fasa merempat di negara orang. Dah habis 5 tahun, fasa menagih ilmu untuk masa depan. Dah habis 5 tahun, buang masa remaja demi cita2.

Dentistry, it cant be inherited, cant be purchased. I earned it, I paid it with sweat, blood, tears, money, times. All of these.

Ya guys, sama dengan bidang yang uolls amik. Kita sama. Bersama berjuang untuk sebuah masa depan yang taktawu lagi macam mana keadaannya.

Ingin aku hidup dalam dunia fantasi seperti sebuah novel, seperti sebuah drama. Berherokan Lee Min Ho. Berkawankan Park Syin Hye. Mungkin lebih damai.

Tapi hakikatnya, dah habis perjalanan degree aku selama 5 tahun. Maka bermulalah sebuah perjalanan baru di alam pekerjaan.

Moga Allah mudahkan semuanya.

Amiin.

😢😢😢

Dent 1😢

Bismillah.

Terngiang2 peristiwa suatu malam di Malaysia = Petang di Mesir

*Whatsapp*

Nana: Jaa, u buat apa tu ?

Aku: Nak marathon movie baru.

Nana: Jangan lagiii sis, jom doa dulu. Result on da way.

Aku: Syess la ? Dah boleh tgk ke ?

Nana: Jaa, tahniahh. U **(pangkat exam aku)

Aku: Betol ke memain ?

Nana: Betol, owg office bagitahu tadi.

Satu kata yang kuar dari bibir. Alhamdulillllahhhh. Menangis. Dalam pada manusia yang penuh dengan dosa ini, Allah masih rezekikan aku dengan kejayaan. Hard work pay off they said. Tapi aku yakin, kejayaan aku bukanlah kerana atas usaha aku. Malah aku yakin kejayaan ini lebih kepada doa orang2 yang mendoakan aku esp mak abah yang tak putus2 kirimkan doa, hajat, yassiin buat aku yang di kejauhan.

Terima kasih untuk semua yang mendoakan. Terima kasih buat mereka yang bersama susah dan senang aku di sana.

Tak sangka. Aku pulang dengan kejayaan meskipon jauh dari sudut hati, aku dah memang terlalu futur, letih, down dengan dunia dentistry.

Ya Allahhh, terima kasih 😢

Terima kasih banyakkkk 😢

Syukur padaMu.

Alhamdulillah.

Dentistry, Im done 😢

I

D

I

D

I

T

😢

Road to graduation 😢😢😢

Aku dan Abah

Aku: Abah, nak keja kedai RM 2 kat depan tu boleh ? Dia perlukan supervisor, cashier, pembantu kedai. 

Abah: G makan kenduri Jah dulu, nanti balik kita pikir lagi. 

Selepas kenduri Jah…
Aku: Abah, boleh dak nak keja situ ? 

Abah: Final exam baru ja habis seminggu yang lalu, belajar haritu da terok ya amat dah. Rehat dulu na. 
Aku: Owg nak cari duit lahh 😑 *tapi bila dipikirkan balik, ada betolnya apa yang abah katakan tu. Hmmm sayang abah pada anak2 kadang2 tak terzahir macam sayangnya mak pada kita 😢 moga dikurniakan Syurga olehNya.

Moga Allah kurniakan kami kejayaan tahun nih, dapat grad dapat konvo dapat back for good dapat kerja dapat balas jasa mak abah dan dapat kawin. Doakan ya 😊

Jah, best tak dah kawin ? Best tak jadi wife owg ? Syukurlah ada yang setia mencintai. Syukurlah ada yang sedia menerima seadanya. 

Tahniah sis. Moga kekal bahagia, bercinta hingga ke syurga 🎈🌷

Suka tak ?

KELEBIHAN BCCREAM FOUNDATION ❕❕

========================

👑 Sangat ringan dan selesa pada kulit 

👑 3minit dah boleh siap 

👑 Bebas Minyak 

👑 full coverage 

👑 menutupi parut cela dan jerawat 

👑 maintain flawless, makin lama makin glowing 

👑 Ada SPF50 yang melindungi kulit dari “burn” 

👑 Jimat, tahan sehingga 4-6bulan 

👑 mampu cover “eyebag” so tak perlu lagi concealer  

All in One ✌ best kan ??? 
Jom grab satu sekarang 😍

Ws ke 0134532524