Walk In 🙆

Bismillah. 

Suka aku untuk rajinkan diri update kisah2 klinik di sini sebagai kenangan yang aku boleh ingat dan sedar betapa jauh dah aku lalui. Tinggal beberapa hari dan bulan lagi untuk dihabiskan. 

Mohon hati makin tabah. 

Klinik gigi palsu. 

Aku kira klinik nih lah yang paling aku takut untuk aku hadapi final clinical exam nanti sebab susah nak cari patient dan susah nak siapkan requirements. 

Gigi palsu penuh/ complete denture. Seperti yang kita tawu lah mostly memang untuk pakcik makcik tua2 yang dah kehilangan gigi. 

Bila gigi takda, bone yang support gigi pon dah lose. Gusi yang mengelilingi gigi pon dah flat. 

Selalunya kami buat ammu/pakcik berbayar (setiap visit 35 LE × 5 kali visit). Tapi this year ammu2 nih mogok ke apa taktawu lah – depa takmo datang dah klinik kami. 
Cerita aku: 

Ammu berbayar 1: siap first step dah, tinggal lagi 4 step. LARI.

Ammu berbayar 2: same – siap first step dah, tinggal lagi 4 step. LARI. 

Ammu ke3: walk in – tak berbayar, sangat baik. 

Bila ammu baik, aku baik *eh ? Haha. Technician pulak buat hal. Kerja sambil lewa. Akhirnya: 

Maxillary/Upper special tray is too wide cause rocking in patient’s mouth. 

Dr tak kasi aku proceed unless kalau technician buat yang baru. So I went there talked to tech I want a new one special tray, with a good border & flange. Of course shoud be sufficient retention and stability. How can someone yang dibayar gajinya buat keja acuh tak acuh gitu ? Makan gaji buta ke ? 

Lower special tray pulak kena trim la apa bagai. Buat border molding ke laut. Kan dah cakap, less patient less training then clinical skill out. Kesian kat diri sendiri balik la. Ada patient tapi patient lari gini lah jadinya. 

Dah banyak sangat hal pasal upper & lower special tray ditambah ngan kgkwn yang datang ngadu itu ini. Camna ahh Najaa nak buat ? Camna ahh patient tu ? Najaa saya nak share ngan awak ammu nih boleh tak ? Najaa saya nak cop after awak bla bla bla. Annoying tawu tak. Dah tawu owg tgh buat keja lain boleh tak jangan kusutkan kepala hotak aku lagi. Aku tak suka ganggu owg lain treat patient dan aku pon tak suka kalau owg ganggu aku time aku treat patient. Kalau masing2 paham simple rule gitu kan senang. 

Bila kemarahan berakhir dengan tangisan. I really hate this. Mujurlah pakai mask, takda sapa nampak hidung badut 👃 aku. Haha. Tapi obvious ahh mata merah bhai. Dah tak pakai spek an sekarang directly owg nampak mata aku haha 👀 
Aku pulak kalau nangis, aku tak suka owg datang bagi nasihat sabarlah najaa, time belajar memang gini lah bla bla bla sambil tepuk bahu aku. 

Tak payah. Hati aku da cukup kuat untuk nasihatkan diri sendiri. Bukan sombong, bukan ego. Tapi style aku macam tu. 

Just nice kalau ada yang nak dengar luahan aku tapi utk nasihat dan pujuk aku utk kuat. Tak perlu. Memang jenis aku kuatkan diri dan hati sesorang. 

Sebab banyak bersendiri an. Motivasi diri lebih kuat. Tak bergantung pada semangat orang lain 🙆

Hati aku selalu cakap:

Nak sedih boleh. Nak nangis boleh. Nak down boleh. Nak give up pon boleh. Tapi cukup dengan satu hari. Jangan extend terbawa2 ke hari2 lain dan affect the whole year. Kita dah terlalu hampir dengan goals. Sikit ja lagi beb. Make mom n dad proud of you, insyaAllah 💕

Maka, aku kembali pulih setelah sehari kurungkan diri dalam bilik memikirkan masa depan. Drama sangat weyhh 😂
K guys, ada masa akan ku coretkan lagi kenangan pahit di sini.

Doakan semuanya baik2 saja, ya.
Thanks. Take care, garnier 💕

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s