Endo = Rawatan Akar

Bismillah. U know guys, rawatan akar dalam bahasa dentistry ialah Endodontics.
Endo= inside
Don= tooth

Any treatment yang related dengan ‘inside tooth’, kita panggil rawatan akar.

Story of my patient aku tadi, Makcik arab berumur 36 tahun. Takda la makcik sangat pon ekceli. Nampak muda ja. Haha. Tapi dah menjadi kebiasaan dekat Mesir, kami akan panggil makcik dengan gelaran Mama.

Contohnya:
Ya Mama (wahai makcik).
Ta’al mama (mari, jom makcik).
Izzayik mama (apa khabar, makcik?)

Gituuu. Mama nih baik. Cooperative patient. She loves me and I love her, too. Haha. #DentistPatientGoals #RelationshipGoals

Dia ada penyakit bronchial asthma. So management dia lain sikit dari pesakit yang normal. Type of Local Anesthesia (ubat bius) pon lain. Dia buat bridge, metallic layer of her bridge dah pon perforated – dekat gigi lower 5 (lower second premolar) resulting her acute pulpitis.

Chief complaint: Pain – mengadu sakit
Pulp condition: Vital – masih hidup, tak capai tahap necrosis (mati) lagi.

Rawatan akar selalunya memakan masa selama 3 visits.

Visit 1: Diagnose (check dulu apa masalah gigi patients kita), access cavity preparation (buka laluan ke arah rawatan akar).

Visit 2: Mechanical instrumentation (Cleaning and Shaping – kita cuci dan buang segala kotoran dalam akar)

Visit 3: Obturation (masukkan gutta percha/getah perca dalam akar gigi patient untuk gantikan ataw mengisi kekosongan ruang akar yang kita dah cuci tadi)

Minggu lepas, visit 1: Aku buat access cavity dalam masa 15-20 min – buka ruangan ke akar gigi. Disebabkan pulp dia masih vital. So once aku dah sampai pulp, darah mencurah2 lah. Banyak gila darah dia. Bleeding. Aku memang berperang dengan blood ahh nih. Tak cukup darah tu penuhi ruang akar, dia kuar sampai ke gusi keliling gigi. Aku apply cotton. Lap sumanya. Panggil Dukturah untuk check. Dukturah said: excellent. Terharu + eksaited. Berjaya jugak buat tanpa pertolongan Dukturah, yang pastinya dengan pertolongan Allah. Alhamdulillah. Aku letak secepis cotton with formocreso and put temporary fillings (tampalan sementara). Dan dismissed patient.

Okay, untuk yang taktawu gigi premolar tu gigi apa, boleh teliti gambar ini. Belakang canine (gigi taring), ada 2 premolars (1st premolar = 4, 2nd premolar = 5), after that gigi molars (geraham). So can u spot which tooth I have worked on ? 🙆

Aku search kat google tapi takda image gigi lower 5. Nih upper 5. Tapi lebih kurang nih ja. Nak tunjuk contoh cana access cavity prep itu dilakukan. Gila skema ayat aku 😂

So today, sambungan dari visit 1 minggu lepas, aku proceed ke next step.
Pasang rubber dam with clamp (seperti gambar di atas – warna hijau keliling gigi tu), the reduction crown (sebab gigi yang pernah buat bridge) fracture pulak, kat bahagian buccal. Dukturah cakap tak payah guna rubber dam. Proceed sahaja. Cuakkkkk 😰:o😱 Sebab Dukturah dah try extend dari molar, tak boleh jugak. Try extend dari anterior pon tak boleh. First time tak guna rubber dam. Bhai, kalau patient tertelan file ke gutta percha ke cana dowh. Nauzubillah min zalik. Dalam hati tak henti2 minta Allah tolong. Debar dah nih. Heart beat dah laju gila.

Amik Xray initial file. Tunjuk dekat Dukturah this is okay ke tak. Dukturah kata good job. Proceed. So settlekan step di visit 2 dalam masa 15 min sahaja. Gila laju baban aku buat weyhh. Macam Dr pakar haha 🙆. Ehh tak, kalau pakar 5 min ja kot.

Contoh H files – phase III cleaning & shaping

Contoh K files – phase I and II cleaning and shaping

Xray lagi, cari master cone. Tunjuk pada Dukturah. Dukturah said: Nice, make obturation now. Means aku habiskan step dalam visit 2 dan 3 in the same day. Lajunya aku buattt, hwaaaa nak nangis. Tak sangka gila aku boleh buat selaju ini 😣😣😣

Cepat2 lari amik Root Canal Sealer. Campur powder + liquid. Settle. Amik speader. Keringkan ruangan akar. Apply sealer dengan speader all over the wall of akar gigi. Amik gutta percha masukkan satu demi satu sampailah memenuhi ruangan akar tadi. Settle. 

Amik torch/bunsen burner, panaskan condenser dan buang lebihan gutta percha. Amik Xray lagi, nak tunjuk okay ke tak obturation aku. Tunjuk Dukturah, she said: Very nice, good. Make final restoration. So aku pon, cepat2 bancuh Glass Ionomer Cement (GIC) as final restoration before dia pasangkan semula bridge yang dah pon tertanggal tu.

Nih yang akan digunakan masa Obturation. Yang putih tu: paper point, digunakan untuk mengeringkan ruang akar gigi. Yang warna oren: gutta percha yang akan mengisi ruangan kosong akar. Yang bawa tu speader, instrument untuk compact kan lagi gutta percha dalam ruangan akar.

1) Master Cone, 2)Spreader + MC, 3)MC dan gutta percha yang lain 4)buang lebihan gutta percha

Aku: Mama, hasyu asob kholas (rawatan akar dah siap).

Mama: Enti kuwayis awi (awak baik sangat). 

Bersalaman. Berpelukkan. Sedih pulak asa tapi hepi sebab dah siap 😂

Guys, bila uolls baca post aku. Akan ada yang baca tapi tak paham. Akan ada yang baca tapi paham. Akan ada yang baca tapi cakap napa cara kita berbeza ?

This is summary apa yang aku buat hari nih. Kalau aku nak cita suma, tak muat blog aku agaknya 😂 Dan untuk di Malaysia, aku tak pernah tgk Dr buat depan2 mata aku tapi aku rasa kaedahnya sama. Boleh tengok video2 pendek + comel yang banyak dishare di page2 Dentistry di FB. Juga, luangkan masa anda untuk mengkaji sikit demi sikit apa itu rawatan akar. Kenapa dengan akar ? Akar tu pulp ke ? Pulp tu apa ? Macam mana pulp boleh mati ? Kenapa kena buat rawatan akar ? Kenapa tak cabut je ? Macam mana kalau terjadi pada gigi susu ? Macam mana pula rawatannya ? Hahaha. Saiko namateyyy. 5 tahun belajar tak cukup bhai. K bai 😂

Letih sangat beb. Syessly letih. Hati aku menjerit kot tadiiii: Done. Finally I’m done 😣 Tahniah diucapkan pada diri sendiri kerana berjaya buktikan pada diri yang aku mampu bekerja selaju dan sedasyat ini. Realised it, I have some improvement in clinical skill. Alhamdulillah ya Rabb 😥

Doakan. Aku dan kengkawan GOT – grad on time, tahun nih jugak. Ya ? Macehhh uolls. Gudnite.

Hijau: Rubber dam sheet, LVE: files, O: clamp

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s