LES ✔

Bismillah. 

Lasik Eye Surgery. Singkatan yang aku kasi ialah LES. Jangan cepat melatah, guys. 

Baca dulu bagi habis. 

Minor + Normal eye surgery. Surgery yang mengambil masa selama 5 min untuk mata kanan dan 5 min untuk mata kiri. 

Yang lamanya ialah… procedure before surgery. 

Dekat hosp (Lasik Egypt – ليزيك مصر) di Mohandisien, tempat aku buat surgery nih, aku ngan Iman undergo few procedures:

Mesin 1- check mata dan power macam kat kedai spek biasa.

Mesin 2- maybe check silau. Maybe. Sebab mesin tu ada warna merah dan biru pusing2 macam mesin masa Doreamon. Haha.

Mesin 3- test bacaan kat depan. E ke kanan ke E ke kiri ke E ke atas ke E ke bawah ke.

Mesin 4- Dr check untuk confirmkan semula betol ke mata kita boleh proceed untuk buat lasik or tak. 

Step 5- pakai pakaian surgery (overshoes, scrub warna hijau, patient surgical cap ala2 shower cap) dan tunggu di ruangan menunggu.

Assistant Dr pon kuar dan panggil nama aku untuk ke dalam. Debar tu tak terkata lah. Kaki tangan semua ketar, haha. Hati tak henti2 berdoa – moga Alah lancarkan semuanya. 

Aku pon baring atas katil. Dr minta aku tutup kedua belah mata. Dr sapu betadine (antiseptic – disinfect bacteria / untuk mencegah kuman). 

Dr letak kain yang hanya ada satu lubang berjaring3 di atas muka aku. Dan kawasan berjaring itu diletakkan di mata sebelah kanan – means Dr akan mulakan surgery dengan mata kanan. After that, Dr pon inject ubat bius (bukan dengan jarum macam aku inject patients masa dental treatment k), it looks like normal eye drop (macam Eye-MO) tapi banyak titisan yang jatuh ke dalam mata dan banyak botol (means banyak jenis) jugak Dr guna, aku rasa. Aku rasa ja. Haha.

Dan Dr akan cakap: open both of your eyes pliss. Just focus to the light green.

Time tu aku nampak, ada satu mesin atas muka aku. Ada 2 warna cahaya – merah dan hijau. Hijau tu kecik dan berada ditengah2, dikelilingi oleh warna merah yang agak besar saiznya. 

Arahan Dr dari awal sampai akhir surgery: Just focus to the light green. Pliss. Haha. Aku da boleh hafal k. 

Dr pasangkan clamp dekat mata. Clamp nih alat yang Dr guna untuk besarkan eye opening. Dan ada lagi satu alat Dr guna tapi aku tak sure untuk apa, yang pastinya Dr takkan boleh pasangkan alat nih kalau mata kita tak betol2 centre or tak pandang straightly ke light green. 

Dr akan buat flap (potong sedikit lapisan luar kornea dan angkat). Mata kita masih tertumpu pada light green di atas. Few sec, Dr pon tutup balik flap tadi. 

Settle mata kanan. Proceed pulak mata kiri. Same techniques. 

After 10 min (5 min kanan + 5 min kiri), aku pon bangun dari katil surgery, terkejut terharu terkesima semua ada. Sumpah ! TAK TIPU. 

Aku: Dr, I CAN SEE 😥

Rasa macam kelahiran baru. Rasa macam Allah bagi mata baru. After 12 tahun rabun dan makin rabun dan bertambah rabun, akhirnya rabun ini pon berakhir. 

Rasa nak nangis. Syesss. Syukur atas nikmat penglihatan ini – dapat melihat kembali tanpa bantuan cermin mata.

Allah saja yang tawu apa perasaan aku bila aku bangun dan aku nampak tengok surrounding aku dengan jelas. Tak la 90% or 100% aku nampak. Tapi alhamdulillah ahhh lagi jelas dari buka cermin mata. 

Dr said: it will heal by times. Slow or fast itu depends pada individu itu sendiri. 

Ada 3 botol ubat titik. Lubricant, antibiotics and corticosteroids. 5x sehari. 

Step 6- Dr check mata lagi sekali after surgery (kira post-operative) lah. Dr kata happy to see ur eye (means berjalan lancar la surgery dia dan hope to see my eyes undergo healing process asap).

Dah settle semua, kami pon balik. 

Lepas letak ubat titik, tido. Sebab ubat tu ngantok.

Dan bangun pagi esok, alhamdulillah penglihatan mata makin bertambah pulih. Paling terharu bila da boleh baca Quran dengan jarak yang agak jauh (before this, baca quran dekat2 kalau takda spek mata).

Makasih pada suma yang mendoakan. Maaf jugak sebab takley attend meeting sebab tunggu mata pulih. 

Follow up: Hari nih, Sabtu pukul 8 malam di Maadi. 

Dr check dengan mesin yang safe light, test dan baca huruf dekat depan dan Dr kata alhamdulilah mata aku beransur pulih dan boleh gradually stop amik ubat. 

Alhamdulillah ala kulli hal. 

Say hello to my shade. 

Say gudbye to my spectacles 😂

So untuk orang yang nak buat lasik macam aku – bukan untuk kecantikan lah yang pastinya. Tapi sebab tak tahan nak hadap power yang bertambah tiap tahun. Boleh la buat. Jangan segan silu. Jangan ragu3. InsyaAllah kher. Doakan yang baik2 yang pastinya. 

Untuk yang berada di Misr, boleh tanya aku kalau2 curious ataw tertarik dengan post aku nih di: 

Email: najaa.zainuddin@ymail.com

Facebook: Najaa Ajlaa

Thanks for reading, guys. 

Take care, garnier 😍

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s