Cinta Murah 

Bismillah. 

Zaman sekarang ialah zaman di mana semua orang sibuk bercakap mengenai hati perasaan dan cinta. 
Tak cukup ngan twitter, bersepah pulak kat instagram, facebook, blog dan laman social yang lain. 

Sana sini update kisah cinta masing2.

Officially LDR – long distance relay.

Hanya Aku Cinta Kamu Seorang.

Hanya mati akan pisahkan kita.

Moga kita kuat dan tabah, saya sungguh rindukan awak.

Sabarlah, akan tiba masanya kita bahagia seperti mereka.

Okay boleh pergi berambus status2 macam nih. Hello guys, orang tak kawin meroyan cara tak kawin. Orang yang dah kawin meroyan cara dah kawin. 

Dah kalau rindu ke apa, pergi lah text pasangan masing2. Orrr pergi lah luah kat mana2 bff yang ada. Ang ingat satu dunia minat nak tawu kisah ang ?

Kalau boleh nak update semua benda – nak bagitawu kisah cinta aku lah kisah cinta paling agong sekali. 

Balik2 klinik. Balik2 kelas. Scroll scroll dan scroll time aku tengah rest, macam3 gambar yang di upload. Bersepah status jiwang karat. Sakit pulak hati titew 😤

Bak kata kawan aku: orang yang update cita2 useless gini bila nak mati dowh, nazak dunia. 

Lastly, yang masih bujang, sama2 lah kita mengawal hati dan perasaan yang sedang bergelora – tak sabar nak kawin. 

Yang dah kawin, supposed to be uolls paham apa perasaan sebelum kawin. So pliss jangan nak over excited dan syok sendiri karang essay berjela panjang untuk cita love story hampa. Jangan sampai disebabkan tindakan macam nih buatkan orang bujang sampai involve dalam dunia zina sebab tak mampu nak kawin awal. 

Segan nak kirim ke IIUM Confession, confess kat blog sendiri pon aci gak 🙆

Doakan aku dan kengkawan moga tak jadi sebahagian dari orang2 yang sebegini. Amiiin ya Rabb. 

See you soon, guys. Gudnite. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s