Laa taghdob :)

Bismillah. Salam alaik uolls. 

Setiap Khamis, halaqah kecik comel kami berjalan seperti biasa walaupon penat balik dari kelas itu masih terasa – pukul 5 petang bhai, dah azan maghrib k 🙆

Macam biasa, usrah ala2 formal tapi hakikatnya tak formal pon sebab halaqah antara kami2 ja kan. Geng2 classmates jugak. 

Kali ini: 

Mc – Hajar 

Hadith – Aku 😂

Sirah – Lutfiah 

Isu semasa – Aufa

Disebabkan aku the one yang bawa hadith kali nih. So I like to share my fav hadith with you, guys. 

Aku paling suka hadith nih sejak2 belajar hadith nih ngan Dr Saeed tahun lepas. 

Laa taghdob / jangan marah / restrain yourself from anger

Kenapa aku suka hadith nih ? 

Sebab…hadith nih menunjukkan betapa susahnya nak kawal marah. Semua orang mengaku marah tu datang dari syaitan – api. Betol, tapi betapa susahnya nak tahan hati nih dari marah lagi2 bila cakap ngan orang yang ego gila, setiap kali cakap bajet dia sorang ja betol, nak menang, taknak mengalah, kononnya matang dan rational. Tolak semua pendapat orang. Yang pasti, cakap dan tak pikir perasaan orang lain. 

Guys, kita dah besar. Why not kita belajar cara untuk rendahkan ego demi menjaga persahabatan kita. Berkawan sampai bertahun2, takkan sebab satu hal remeh dah nak perang macam aku rampas suami ang, ang rampas suami orang lain. Gila kan ?

Apa yang kita boleh amik dari hadith nih ? 

◇ Istighfar. Minta perlindungan dari Allah dari dikuasai syaitan yang direjam. 

◇ Ambil wuduk dan solat 2 rakaat. 

◇ Tenangkan diri, pikir sejenak apa kebaikkan dia pada kita dan apa keburukkan kita pada dia. 

◇ Kalau marah ketika tengah berdiri, maka duduklah, then baring dan begitulah seterusnya. 

Ada orang cakap – tido. Haha. Tak kisah nak tido ke nak berjaga, tapi make sure before you sleep, do forgive others. Maafkan kesilapan orang pada kita sebelum tidur itu yang pastinya tidur orang mukmin. 
Betol, aku suka hadith nih tapi susahnya nak praktik dalam hidup sebab banyak sangat perkara yang benar2 buatkan kesabaran ini terbatas dan tercabar. 

Guys, sama2 kita berubah dan bergerak ke arah kebaikkan. Moga Allah restu. 

See you soon. Take care, garnier 😍

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s