#KembaraNA-6

Bismillah. Salam alaik. 

Hello guys, long time no seeee. Sihat kee ?

14 Sept 16 bersamaan 10 Zulhijjah, Rabu – Raya ke3 AidilAdha. 

Aku #foreveralone setakat nih, *insyaAllah akan #berdua kemudian. Haha* telah mengembara ke negeri sebelah – Perlis Indera Kayangan untuk berjumpa seorang sahabat aka Puan Nazira. 

Ekceli, main purpose aku ke sana ialah  nak amik gigi manusia yang da dicabut oleh Dr yang Nazira tolong kumpulkan. Well, you know aku memang sangat perlukan gigi2 itu utk requirements aku. 

Treat patients pon requirements. 

Work on extracted teeth pon requirements. 

Sometimes, acrylic teeth – gigi mainan ataw gigi tak asli – pon requirements. 

Sebab tu aku sanggup korbankan masa aku ke sana walaupon minggu nih dikira minggu aku busy nak pack barang balik Misr + beli barang keperluan bagai.

Aku naik train – komuter – dari Sg Petani, Kedah ke Arau, Perlis. Sejam lebih beberapa minit sikit. Berdiri dari awal train bergerak sampai lah ke destinasi aku. Orang ramai gila. Full. 

Aku agak teruja la bila naik komuter versi baru walaupon tak berapa baru *orang kata* kalau nak dicompare dengan train Misr. Siap ada aircond bhai sini, untungnya rakyat Malaysia bisik hati aku.

Pluusss, orang sini kalau nak naik or nak turun slow2 ja, takdanya tolak tolak berebut sana sini. Everything went smoothly. Alhamdulillah. Kalau kat Misr weyh, nak kuar train macam nak bertempur kat medan perang. Aku tolak ang, ang tolak aku. Aku nak masuk, ang nak kuar. Ang pijak kain aku, aku tertarik tudung ang. Misr gitu guys, kau hado ? Haha. Takdo kan ? 

Pahit camna pon, itu kenangan. 

Aku sampai Arau sekitar 12.15 tengah hari. Nak dijadikan ceritanya ialah, aku pengembara yang tak punya kerdit utk call dan msg + mobile data yang langsung tak wujud – hidup bergantung pada wifi rumah semata k. 

Aku sampai, aku cari kedai nak topup. Topup habis. Aku minta pinjam kredit adik tu (adik – sebab dia 18 tahun dan aku 22 tahun haha) tapi kredit dia pon zero. Dia offer nak pinjamkan wasap (read: whatsApp), so aku wasap Nazira. Nazira tak on Internet mobile – satu tick ja. Aku cari perempuan lain, minta pinjam fon sebab nak call Nazira. Mujurlah orang tu ada kredit. Aku call tapi Nazira off fon. Tak masuk pon call.

Maka, angin pon berlalu dan aku pon berhuhu lalu meratapi sayu. 

Perut lapar minta diisi sebab aku jalan jauh kot haha. Aku beli maggi kari yang bercup tu, RM 3. Minta adik tu letakkan air panas. Aku makan seorang diri di tepi tangga stesen train tu. Sedih tak ? Tak pon, survive beb survive. Haha macam terok sangat ja. Aku da biasa hidup susah dan serba kekurangan kat Misr. Jadi aku asa, nih tak terok mana pon. 

Orang tanya: ni Dr apa ni makan maggi ? Haha 😂

12.45 tengah hari, keajaiban berlaku. Nazira tetiba call. Haha. 

1.00 petang, dia sampai dan amik aku bawa ke pasaraya Giant. Beli barang sikit untuk prepare lunch. Habis beli barang, terus kerumahnya. Solat dan tolong Nazira masak. Menu kami nasi putih berlaukkan ikan cencaru sumbat dan paprik.

Sedap gila, hingga menjilat jari. Kalau menjilat pinggan tu macam hodoh sangat perangai. Tak senonoh gitu kan 😂

Pukul 4.45 petang, Nazira hantar aku ke stesen keretapi dan aku beli tiket. Arau ke Sg Petani pukul 5.45 petang. Sementara tunggu train, aku solat dulu di surau situ.

After  that, surprise surprise

Nazira bagi paper bag comey gila + besar gedabak kat aku. Dalam tu full barang berharga dan mahal2. 

Dia bagi apa tawu tak ? Banyak bhai. Banyak. 

– beg galas comey, 2 helai blouse labuh, headchain, beg kecik letak alat solek, keychain burung hantu tulis nama aku yang ditempah di Aqma Craft, keychain yang dibeli di Bandung, Indonesia, kad besday yang dibuat, dihias dengan tangan sendiri. Sangat kreatif.

Aku memang impikan si pari-pari bawakan hadiah3 gini surprise surprise datang bergolek depan aku. Tapi, jangan katakan pari-pari & kengkawan aku, aku pon tak mampu nak beli hadiah banyak2 gini dalam masa yang sama untuk orang. 

Teruja sangat. Dia banyak laburkan duit untuk aku. Belanja makan, belanja itu ini, bagi shawl labuh, blouse labuh dan lain2. 

Nazira, sahabat kesayangan. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih untuk segalanya. Moga Allah balas segala kebaikkan ang. Moga Allah kabulkan suma impian dan doa ang. Moga bahagia sampai syurga dengan sang suami tercinta. 

Terima kasih sebab tak pernah lupa besday aku. Terima kasih sebab selalu sambut awal besday aku – before aku balik Misr. Terima kasih sebab tak pernah tangan kosong bila jumpa aku. 

Terima kasih untuk last meeting dan layanan yang sangat best.

Aku berdoa, moga suatu hari nanti bila aku da kerja, insyaAllah  –  Aku boleh belanja ang banyak2 macam ang buat nih. Amiiin.

Love you to the moon and back.

Tadaaaaa ~
Ditempah di Aqma Craft
Dibeli di Bridal Shop – ekceli, nih hadiah untuk E-day aku soon
So sweeetttt ♡
I love you too ♡

Aku kira nih post terakhir aku di bumi Malaysia lah kan. Sebab malam esok aku dan family akan gerak dari Kedah ke Klia. Flight aku balik Misr pagi selasa. 
Doakan perjalanan jauh kami. Moga selamat sampai dan kembali. 

Family: Kedah – Klia – Kedah 

Aku: Kedah – Klia – Doha – Misr [Qatar Airways]

Bila dah masuk Final Year nih, hati dah mula meroyan lah. Takut. Takut nak tempoh tahun paling susah, mencabar. Tahun yang akan buat kau give up nak jadi dentist. Tahun yang kau rasa kau akan lagi kurus sebab stress. Tahun yang kau akan rasa takda sapa yang paham kau. Tahun yang muka kau dari flawless jadi berjerawat sebab stress for sure. Tahun yang bila kau homesick, kau tahan sampai nak gila.

Ya Allah, aku pergi dengan harapan. Harapan untuk berjaya dan pulang dengan segulung Ijazah Sarjana Muda. Mudahkan yang mana susah. Ringankan yang mana berat. Leraikan yang mana kusut. Tambahkan yang mana kurang. Betolkan yang mana salah. 

Doakan aku dan kengkawan berjaya dengan gayanya tahun depan, insyaAllah. 

Thanks guys for reading my post. 

See you, take care, garnier ☺ 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s