#KembaraNA-5

Bismillah. Salam alaik. 

Hello guys. Sihat ke ? 

Sambil2 dengar lagu We dont talk anymore – Charlie Puth & Selena Gomez, aku rajinkan diri untuk update blog aku dengan kembara aku ke destinasi lain. Acah2 jauh pulak kan aku jenjalan. Haha. Tak cukup bajet untuk ke obersea (read: oversea), ke area semenanjung pon dah rasa seronok. Alhamdulillah atas nikmat sihat, kelapangan dan rezeki. 

Sabtu, 27 Ogos – Nazira naik ets dari Perlis ke Kedah pada 8.10 pagi dan sampai pukul 8.50 pagi. Aku dan Keun tunggu Nazira dan terus breakfast di kedai berhampiran. Makan peknga (lempeng), nasi goreng, milo ais, teh tarik, teh O ais. Sembang punya sembang sebab dah lama tak jumpa kan. Last aku jumpa Keun masa aku 1st year kat Misr. Kami baik 3 orang masa F5 dulu. Aku selalu ajar Keun akaun ngan math, Nazira pulak ajar kami BM. Haha *semata nak dapat A+ kot karangan haha*.

Habis breakfast, aku dan Nazira teruskan perjalanan kami ke negeri Francis Light, Penang around 10.15 pagi. Sampai sana pukul 11 pagi lebih sikit. Kami ke Chew Jetty. Di sini kami boleh tengok perkampungan China yang mana rumahnya atas air. Ada jual macam2 barang, yang pastinya murah2 belaka. Tshirt, beg, keychain, topi dan sebagainya lah. 

Kami teruskan perjalanan kami ke Street Art dengan menyewa basikal 4 roda ala2 kereta gitu, siap ada bumbung, ada brek kaki, ada mirror utk tengok kenderaan di belakang tapi tinggi ya amat, kami takley nak adjust pon dan ianya tiada side mirror. Haha. Kalau nak tgk ada kereta ke tidak, kalih kepala kiri kanan tgk sendiri. Haha.

Ramai sangat orang especially foreigners lah. Omputih ada, Arabian pon ada. Orang Melayu nih boleh kira ja berapa orang. Ambil gambar dengan gambar kucing, gambar basikal dan lain2. Di tepi jalan Street Art nih, ada perkhidmatan conteng inai di jari macam orang2 kawin tu. Inai corak di tangan, Rm 5.00 paling murah + coraknya biasa2 aja. Kalau nak yang cantik sikit, up sikit lah harganya. 

Aku amik yang paling murah of cos, jimat cermat amalan mulia. Aku nak jugak try sekali so that aku boleh nilai sendiri la patut tak aku buat inai corak gini hari nak kawin nanti *berangan dah haha*. 10 minit da boleh kering beb tapi aku pakai lama gak – setengah jam. Haha. 

Lepas ke Street Art, kami mengayuh basikal ke Phantamania. Nih macam rumah fantasi gitu. First sekali kau masuk, kau akan jumpa bilik macam Phantom kurung Raoul dalam movie/novel Phantom of the Opera. Mirror kiri kanan depan belakang. Dari situ kau kena jalan cari laluan masuk ke dalam. Nih kira macam intro lah kepada dunia dalam Phantamania nih. 

Dalam tu, cantik sangat. Decoration dia nice gila. Amazing ahh bagi aku. Ada macam2, upside down pon ada, ala2 rumah hantu pon ada, ala2 3D museum pon ada, ala2 Frozen pon ada, nak berangan jadi Queen Elsa ngan Princess Anna boleh lah. 

Tempat nih sesuai untuk orang yang minat bergambar lah. Kalau yang tak minat bergambar, boleh la abadikan kenangan dalam memori hati, seorang diri, gituuu 🙆

Around 3.00 pm, aku dan Nazira cari tempat untuk solat zohor. Kami solat di Komtar. Lepas siap solat, kami ke Nasi Kandar Line Clear pulak untuk lunch. Haha. Lunch pon dekat pukul 5.00 pm dah, combine sekali lah dengan dinner 😆 Singgah solat asar  di surau sebuah kedai makan tak jauh dari situ. 

Pukul 6.00 pm kami ke 3D Art Museum, di sini lah segala persoalan aku terjawab. Haha. Di sini rupanya orang amik gambar macam2 gaya, gaya menjerit, berenang, berlari, naik basikal ke bulan dan sebagainya. 

Eksaited gila aku weyh. Walaupon tudung aku macam tak jadi sangat time tu, dengan serabutnya, dengan sengetnya, tetap tak mengacau emosi aku – kacau jugak ekceli. Haha. Tapi dalam few percents ja. 

Aku dan Nazira bergambar dan gambar kami di ambil oleh pekerja di situ. Cantik ja gambar2 dia amik, cuma tak cantiknya part tudung aku lah. Haha.

Pukul 7.00 pm kami bertolak pulang ke Kedah. Dalam pukul 8.30 pm kami sampai. Terus menuju ke ktm, Nazira nak beli tiket balik ke Perlis. Alhamdulillah, mujurlah kaunter masih buka dan tiket masih ada. Dia pulang ke Perlis pukul 10 lebih dan sampai pukul 11 lebih. 

Perjalanan yang sangat  bermakna bagi aku dan kami berdua. Terima kasih Puan Nazira. Walaupon dah kawin, ang masih sudi luangkan masa kuar jenjalan dengan aku. Moga persahabatan ini kekal hingga ke Syurga. 

The end. Thanks for reading my post, guys. 

———————————————–

Maklumlah cuti sem dah berakhir, maka semua orang pon balik lah ke tempat belajar masing2. Mr.A, hati2 jalan. Ingatlah orang yang tersayang 😥

Ini lah basikal 4 roda kami
Phantamania 1 – Elsa, do you want to build a snowman ? Come on let’s go and play haha
Phantamania 2
Phantamania 3
Phantamania 4
Phantamania 5
Phantamania 6
Phantamania 7

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s