#KembaraNA-4

Bismillah. Salam alaik. 
Guysss, I’m back. 

Long time no write beb. Okay, 19-21 Ogos hari tu aku ada kem Axis di Homestay Banghuris, Sepang, Selangor.

Aku amik flight the day before programme, 18 Ogos aku naik Airasia dari Kedah ke KLIA2. Ayah Iman fetch aku kat sana dan bawa balik rumah. Kiranya aku menetap di rumah Iman lah. 

Esok pagi -19 Ogos, baru gerak ke Homestay Banghuris. 

Aku dan Iman sampai awal. Orang kedua sampai. Haha. Bilangan peserta perempuan dalam 30 something dan peserta laki around 15-20 gitu lah. Im not so sure bout the accurate amount. Sorry.

Nama Homestay Banghuris di ambil dari gabungan nama 3 kampung iaitu: 

Kampung Bukit Bangkung + Hulu Chuchuh + Hulu Teris = Banghuris. 

Pemiliknya bernama Wak Haji Basir. Kami panggil wak saja. 

Sini perkampungan orang Jawa. Cakapnya mirip ngan orang Indonesia. Kami ditempatkan di rumah ibu ayah angkat masing2. 

Mak angkat aku namanya Puan Jaliah Sinin. Umurnya 60 tahun. Asal dari Klang. Anaknya seramai 5 orang. 4 perempuan, 1 lelaki. 4 dah kawin, 1 masih belajar – F4, duduk asrama. Dah pencen. Cikgu tilawah – ngajar taranum. Anak2nya semua tilawah kebangsaan. Pingat banyak  gila kat rumah. Amazing tak ? 

Suaminya nama Paknut *betol ke aku eja?*, Imam masjid suatu ketika dulu. Sekarang da pencen. Usianya sudah pon 69 tahun. Selalu minum susu anlene. Bagus untuk tulang dan gigi. Haha. 

Rumahnya masyaAllah luas gila. Approximately 2 ekar bhai. Kau hado ? Aku pon takdo k. Haha. Rumah kampung macam dalam drama Melayu tu. Yang rumah kampung dulu2, yang rare dah sekarang. 

Aku eksaited gila bila sampai sana. Kami tidur di bilik tamu yang sangat luas – ada 2 katil queen, aircond, iron, kipas, plug semua lengkap. Selesa. 

Bilik air kat luar rumah. Ada 5. Satu kolah besar, 2 kolah kecik, 2 tandas. Kalau kau kuar malam2 buta, dapat lah dengar bunyi2 binatang lah tapak kaki orang lah, seram sejuk suma ada. Nasib aku lah takda husben lagi, kalau tak aku dah kejutkan untuk teman aku. Haha. 

Breakfast, lunch dan dinner kami akan pulang makan di rumah mak angkat. Program macam biasa, di dewan homestay. Boleh rujuk pada tentatif haha. 

Antara aktiviti yang paling aku suka: 

1) Mencanting Batik di rumah Wak Haji Basir. Lama sangat dah aku tak warna warni kan hidup aku. Tapi sayu aku rasa malam tu 😦 Tawu kenapa ? Sebab LCW kalah. Haha. Camna aku tawu dia kalah ? Sebab before g umah Wak, aku dan 3 prog-mates aku (Kak amalina Cairo, Adillah dan Hadirah Mansoura) tgk Final Badminton RiOlimpik di rumah mak angkat kami. Mujurlahhh warna batik aku tak ikut sedihh. Haha.

2) Karnival Kesihatan: Medical checkup by medical student. Check blood pressure dan blood glucose. Dental checkup by dental student. Free dental scalling by graduated sister – Alex University. Aku sempat buat charting guys. Haha. Debar gila weyh mula2 tu. Tapi Alhamdulillah okay sebab ada member dari Alex guide. Tak rasa macam kelaut sangatlah 😁

3) Rewang Nasi Ambeng. Rare makanan nih. Nasi putih + ayam + mee goreng + sayur + bihun suun + tempe *wajib, makanan harian depa*.

4) Menoreh Getah. Walaupon both grandpa aku ada kebun getah sendiri, aku tak pernah sekali pon belajar menoreh. Pernah aku minta nak kerja – tolong menoreh bila sem break. Tapi, tak pernah lulus permohonan aku tuh, haha. Dengan jawapan, kalau salah toreh boleh rosakkan pokok dan mengakibatkan pokok itu mati. No more susu getah yang akan di produce kan. Habis mix bahasa aku. Haha. Dan at last, dapat jugak aku merasa macam mana cara nak menoreh. Selalu orang menoreh pagi2 sebab susu getah banyak time nih. Tapi kami toreh petang2, ada lah jugak tapi tak banyak sangat. Sedang2. Cukuplah buat kami rasa eksaited. Haha 😂

21 Ogos, program habis sekitar pukul 5 ke 6 petang. Ayah Iman jemput kami di depan Homestay Banghuris dan kami pulang ke rumah. 

22 Ogos, flight aku balik Kedah pukul 7.10 pagi. Boarding pukul 6.10 pagi. Aku gerak ke KLIA2 pukul 5 pagi. Ayah Iman hantarkan. Mujurlah ada lagi sorang junior Medic Zagzig flight ke Kelantan. Takda lah aku rasa bersalah sangat susahkan ayah Iman. 

Alhamdulillah ala kulli hal. Perjalanan yang sangat memuaskan hati dan seronok. Aku sampai Kedah pukul 8.10 pagi. Mak abah jemput di airport. Sampai ja Kedah, aku rasa lega. Lega sangat dan selamat 🙆 

Betol lah orang cakap: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. 

Sekian, take care, garnier ☺ 

Tentatif program
Halaman hadapan dewan Homestay Banghuris
Kawasan sekeliling Homestay Banghuris – tempat orang buat wedding photoshoot
Lawatan ke IKS – Industri Kecil & Sederhana
Lawatan ke kilang membuat, memproses dan mem-pack kerepek. Di sini lahh tempat para peserta memborong kerepek tak ingat dunia haha
Rumah mak angkat kami, Puan Jaliah Sinin
Sambungan rumah mak angkat kami
Cantik tak kaler batik aku ? Nice la jugak k dari orang lain. Haha
Dental checkup
Scaller for scalling treatment
This is what they called ‘Nasi Ambeng’
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s