#KembaraNA-3

Bismillah. Salam alaik, guys. Sihat ke ? 

Sabtu 13/8/16.

Short trip with my family to Hatyai, Thailand

Tour guide: My big bro sebab dia backpacker yang dah… ke Thailand, Indonesia, Hong Kong dan coming soon Jepun insyaAllah. 

Kami bertolak dari rumah around 8 pagi dan sampai around 10.30 pagi gitu.

Tempat pertama kami jejaki is — Songkhla Zoo. Tempat dia sangat luas dan tengah di renovate untuk besarkan lagi. Tapi haiwan dalam tu biasa2 ja. I mean tak banyak sangat.

Macam zoo lain jugak, aku dapat tengok buaya, ular, burung, zirafah, burung kaswari, monkey, turtles, tiger, lion, hippopotamus, rusa, badak air – sepasang couple tengah tidur. Comey sangat. 

Lunch kami di Restoran Chaem Zaap, opposite to Samila beach. Pemandangan dia macam cita2 korea yang pokok banyak2 tuh, boleh jugak didapati di pantai apa ntah di Kelantan. Aku selalu nampak kengkawan aku posing kat situ dalam Instagram acah2 model gitu haaa. Haha. Tapi kalau uolls g sini, sangat recommended lah restoran nih sebab:

1) wifi free

2) makanan sedap macam Malaysia 

3) bersih dan teratur 

4) affordable lah total harganya

After that, kami plan nak ke ICE Dome – lebih kurang I-City tuh. Tapi malangnya that place dah pon di replace dengan Wonderland / Child’s Water Park. Kami just tengok2 that area camna pastu kami move ke other places.

Next — Lee Garden. Tempat shopping baju, seluar, handbag, souvenir dan lain2. Harga sangat murah. Kain cantik. Best sangat, jadi rambang mata kat situ. Rasa macam nak borong semua kedai. 

Last destination — Klonghae Floating Market. Pasar terampung means penjual menjual makanan di atas sampan yang terampung di atas air sungai.

Nak makan ala2 yong taufu pon boleh, nak makan ramen (maggi) pon ada, air nyok (kelapa), air laici dan sebagainya ada. Ramai sangat foreigners kat sini. Semua orang teruja tgk keadaan macam nih.

The feeling minum air nyok dalam buluh sama macam zaman P.Ramlee lakonkan filem Hang Tuah sedang bertapa di Gunung Ledang. Eksaited gila aku minum, sekali sedut dah habis 😂

Dekat sini, ada yang reti speak bahasa melayu, ada yang tak reti. Ada yang boleh cakap omputih dan ada yang tak boleh. Kalau jumpa yang tak boleh speak both languages tu macam susah sikit nak beli apa2. Jadi macam ayam itik, macam aku kat Misr awal2 dulu haha.

Pusing2 sikit dan kami pon balik lah. Takda nak ke mana2 dah sebab kalau area Hatyai, sini ja best dan sini ja kawasan pelancong. So kami pon bertolak balik Malaysia – Kedah. Macam jauh sangat ja bunyi. Haha.

Dekat pukul 12 tengah malam, kami sekeluarga sampai rumah. Alhamdulillah selamat sampai.

Soalan ?

1- Guna passport ataw border pass ? 

Boleh guna both. Tapi abah suruh aku buat border pass, RM 10 di UTC, Sungai Petani. Tempohnya setahun. Macam adik aku, Carl border pass dia dah mati, so dia guna passport. 

2- Pergi sana naik apa ?

Big bro drive kereta sampai sana. Cuma, Lee Garden ngan Floating Market ja kami naik tuttut sebab jem. Big bro malas nak drive. Dia parking kereta dekat car park hotel apa namanya aku tak ingat. Harga tuttut masa ke Lee Garden 100 baht one way. Kalau Floating Market, 400 baht return *bunyi macam flight pulak an – one way, return bagai 😆*

3- Rate ?

RM 1 = 8.57 Baht

Itu saja untuk #KembaraNA, ada rezeki insyaAllah pergi tempat lain pulak 🙂

Thanks for reading. Love you, guys. 

Take care, garnier. 

This is what we called tuttut 🙂
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s