#KembaraNA-2

Bismillah. Salam alaik. 

Next journey is…

Abah dan mak bawa aku jenjalan ke Bukit Bendera versi baru dekat Penang. Aku da lama nak g sini, pernahlah plan nak g ngan kengkawan tapi banyak hal yang terbatal last minute. Dan agak tak sangka bila abah sudi nak bawa puteri tunggalnya ke sini. 

Here we go ☺

360° berubah. Zaman aku bebudak hingusan dulu, rasa macam zaman omputih dulu2 sikit, haha. Keteta api dulu pon cabok ja, gedek2 jalan, gear slow ya amat. Dengar macam kereta api nak rosak pon ada.

Sekarang, cantik + baru + sedap naik, ada seat yang selesa apa suma. Nice ahhh. View dari atas pon dah makin cantik. 

Banyak sangat foreigners on that day. Aku sempat interview a big families from Syria. Anak2 dia comey sungguh, sungguh2 comey ya Allah.

Kalau dulu, aku nak sangat datang sini sebab ada Love Lock yang ramai orang ceritakan. Sesuai untuk orang muda, beli mangga, tulis nama pasangan dan lock kan dekat besi sana. 

Love Lock – gambar2 yang sering manusia di Malaysia letak sana sini sebagai dp wasap, upload kat fb, upload dalam Ig. Buatkan aku asa tempat nih amazing. Ditambah pulak cerita CikBungaEncikSombong yang dilakonkan oleh Amyra Rosli dan Amar Bahrin yang berbackgroundkan LOVE seperti gambar yang aku upload kat atas tu haha, buatkan aku rasa nak sangat ke sini.

Tapi bila dah sampai. Automatically, angan2 aku berubah. Niat dan impian nak lock kan mangga bertuliskan nama Aku dan Mr.A terus hilang. Tawu kenapa ? Sebab mangga dia tak lawa pon tapi mahal ya amat – RM 47. Haha. Sesak nafas aku dengar. 

Kalau uolls nak g sana, okay ja 47 inggit (read: ringgit) share ngan kengkawan tulis nama ramai2. Tapi kalau taknak, better beli kat luar dan lock kan kat situ. Jimat sikit.

Tapi bagi aku, cinta aku terlalu mahal kot. Haha. Aku tak semudah tu nak beli mangga + tulis nama kami + lock kan di tiang besi + biar luntur warna, lusuh dan berkarat dek kemarau dan hujan. 

Biar tersimpan dalam hati, tersemat dalam doa pada Ilahi. Moga cinta ini kekal abadi.

Acewahhh. Sekian, coretan manis aku dari KembaraNA.

Take care, garnier guys ☺

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s