#DrGigiPusingKP-5

Bismillah. Salam alaik, guys. 

Sihat ke uolls ? 

Aku baru lega demam. Sehari ja demam, makan ubat, tido. Bangun2 terus sembuh. Alhamdulillah. 

Okay jom sambung journey terakhir aku sebagai pelajar yang buat attachment.

[Day 5 – Attachment]

8.30 pagi: 

Dari rumah, aku drive directly ke KP Bakar Arang. Di sana, ada sebuah van klinik sedang menanti. Sampai sana, aku lapor diri ke Dr yang in charge dan terus ke SMK Bakar Arang. 

Di sana, ada sorang Dr Fydo, Dr Fatihah dan ada sorang staff nurse. Dr buat checkup budak2 sekolah menengah. Hari yang aku g nih, Dr check gigi kelas peralihan khas. 

Bertemankan guru kelas masing2, Dr check gigi suma orang. Macam kanak2 istimewa jugak, ada yang okay mentalnya tapi tidak pada fizikalnya dan vice versa lah. 

10.30 pagi: 

Aku naik kereta Dr Fatihah balik ke KP Bakar Arang. Aku pergi ruangan Klinik Ibu dan Anak (KIA). Aku sempat tgk macam mana dr buat check up dekat ibu mengandung dan apa nasihat Dr kepada mereka.  

Awak kena jaga pemakanan dan kebersihan mulut supaya tak effect ke baby dalam kandungan.

1st and 3rd trimester kita takkan buat sebarang rawatan. Kalau emergency sangat baru kami akan manage tgk macam mana. Kalau boleh bertahan, wait till delivery baru kita buat k.

Any treatment hanya akan dibuat pada 2nd trimester.

Utk bersihkan mulut baby after feeding, lap dengan kain basah. 

Sekitar pukul 11.30 pagi: 

Aku naik pulak ke ruangan rawatan gigi palsu. Aku sempat tgk Dr senior, Dr Siti Mariam amik acuan (impression), try in partial denture, trimming excess denture, the way she talked to patients, the way she adviced them.

Aku suka cara dia. Aku suka untuk jadi Dr macam dia.

You kena jaga gigi you elok2 na, apa2 yang palsu memang dah tak sama owh dengan yang Tuhan kasi.

I try dulu masukkan denture nih dalam mulut you, nanti u bagitawu k kat mana you tak selesa. I adjust balik nanti.

First time you pakai, you memang takkan selesa, try dulu seminggu. Nanti bila da sampai tarikh appointment, you datang you boleh complaint apa yang tak okay.

Setiap malam, you kena buka denture you letak dalam air biasa. Jangan air panas – nanti distort. Jangan dalam lestrin – nanti gigi you jadi warna biru. Jangan pakai 24 jam – nanti gusi you tak rehat langsung, dia berbau. 

Aku: Dr, dr tak letak clasp ehh ? 

Dr: Kalau banyak lagi natural teeth yang boleh support dia, awak tak perlu letak clasp k.

Sekitar 2.00 petang: 

Aku drive balik ke KPSP untuk laporkan diri bahawa aku berjaya habiskan attachments aku sepanjang 5 hari nih. 

Walaupon pengalaman aku agak sikit dan biasa kalau nak dicompare dengan kawan2 yang buat attachments di Kelantan dan Terengganu, ala kulli hal Alhamdulillah dapat jugak aku kutip banyak ilmu dari Dr2 yang hebat kat sini. Dapat jugak aku kenal ramai Dr dan staff nurse.

Terima kasih kepada suma warga KP yang sudi terima kehadiran aku dengan hati yang sangat lapang. Terima kasih kepada staff nurse yang belanja aku lunch, layan aku macam adik macam anak, adjust jadual aku berdasarkan ke’free’an dan kesibukan waktu Dr2. Terima kasih kepada Dr2 yang banyak bagi semangat mahupun yang saiko aku haha. Terima kasih banyak bantu student macam saya, kongsi ilmu, share experience, share flow dari graduated Dr ke permanent  dental officer.

Alf syukran kepada suma. 

NB:

1- Masa belajar memang sibuk, masa kerja santai ja. Kita tak busy, orang bawah kita yang lagi busy. Kalau you nak buka FB pon sempat. 

2- Sekarang dah tak dipanggil Fydo, tapi kita guna sistem buddy -ada mentor dan mentee. Setiap satu akan diguide oleh Dr senior.

3- Bila awak da attach dengan hosp dan klinik, awak akan rasa OKAY je. Tak susah pon.

4- Kalau di Kedah, 6 bulan di KP + 1 bulan paeds + 3 bulan OS.

5- Sebulan sekali oncall, sebab dental officer ramai so kita rotate.

6- Office hours, 8am-5pm.

7- Mentee dah tak attach kat Perio & Ortho department sekarang.

8- Even da kerja, you should and have to revise semua yang you da belajar dulu. Bila you tak ingat tu yang you akan rasa susah.

Thats all dari Dr2 hebat.

Tiqiue guys sudi baca. Doakan aku kuat tempohi hari depan.

See you guys. Take care, garnier. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s