#DrGigiPusingKP-4

Bismillah. Salam alaik uolls. Sihat ke ? 

[Day 4 – Attachment] 

Okay, aku sambung kisah aku untuk hari yang ke4.

8.30 pagi: 

Aku, Dr dan beberapa orang staff nurse yang lain menaiki van klinik menuju ke PDK (Pergigian Daerah Kuala Muda) Gurun, rumah kanak-kanak istimewa. 

Macam tadika jugak lah kat situ. Bermula pukul 8 pagi – 12 tengah hari. Seramai 33 orang, berumur dari 4-32 tahun (Maaf andai TERsalah maklumat, tapi inilah yang dimaklumkan kepada aku).

9.30 pagi:

Approximately lah nih, aku tak sempat nak catit masa. Haha. Sampai sana, kami disambut baik oleh guru2 tadika. 

Dan budak2 di sana memang sangat istimewa. Gelagat mereka sangatlah mencuit hati. Kalau nampak kita main fon, mereka akan minta “camera” untuk selfie bersama. Baru aku tawu, mereka2 nih minat amik gambar rupanya. Haha.

Sekitar pukul 10.00 pagi:

Selepas setup laptop, extension, projector dan sebagainya. Dr Kamil mulakan ceramah berkaitan “Kebersihan Gigi dan Mulut”. Simple sangat ceramahnya, mudah difahami dan aku suka. Haha.

Aku belajar dekat U kemain susah nak mati, sekali Dr terang benda simple nak mati jugak. I got the idea lah macam mana sikit sebanyak aku nak terang dan sampaikan kepada masyarakat.

Kanak2 istimewa, memang sangat istimewa. Patutlah orang cakap Tuhan kurnikan mereka Syurga. 

Ada yang sempurna fizikal tapi mental problem. Ada yang fizikal tak sempurna tapi mental too good. 

Aku ternampak sesorang adik berumur 10 tahun, dia pandai dan baik tapi tak sempurna sebelah tangan. Sebelah kanan tangan okay, sebelah kiri tak. Sedih + sayu aku tengok. 

Hati mula berbisik: Allah, terima kasih untuk nikmat sempurnanya fizikal dan mental aku. 

Kadang2, perlu untuk kita tgk orang yang lagi bawah/terok dari kita baru kita tawu erti syukur.

Moga aku, kau dan kita semua tergolong dalam golongan orang yang tak pernah lupa dan selalu bersyukur.

Settle ceramah, Dr Kamil teruskan dengan dental checkup. Budak2 yang comey dan terlalu banyak kerenah + gelagat buatkan Dr susah jugak nak minta nganga (buka) mulut untuk checkup.

Ada yang dah naik atas dental chair tapi…tergelongsor turun ke bawah sambil gelak2.

Ada yang eksaited naik dan terus buka mulut.

Ada yang taknak langsung check gigi, Dr & cikgu kena pujuk/pegang. 

Ada yang nangis sebab takut bila nampak Dr masukkan mirror dalam mulut *yang nih memang selalu lah*.

Ada yang bila Dr masukkan mirror dalam mulut, dia gigit mirror tu. 

Ada yang naik dalam keadaan terlentang lepastu dia ubah posisi ke meniarap. Haha. Ada yang dah baring lepastu bangun usha muka dental assistance *hensem sangat kot ? Haha.

Ada yang warning cikgu2 tadika jangan ambil gambar mereka. Haha. Pandainyaa lahh.

Done dental checkup, kita proceed pulak dengan Latihan gosok gigi.

Staff nurse sediakan berus dan ubat gigi Colgate *seperti yang disyorkan oleh Dr2 pergigian Malaysia ngeeee -iklan jap*.

Cikgu2 minta adik2 comey nih duduk atas kerusi masing2, dan ikut step by step yang diajar oleh staff nurse. Part nih lawak gila nak mati aku asa.

Kalau nurse/cikgu tolong ajarkan A gosok gigi, B bangun g lari tempat lain. Ajar B, C lari g main tempat lain.

Ada yang tak sempat lagi kakak2 nurse ajar, dah jilat + telan ubat gigi. Last2 tinggi berus gigi ja. Haha. Comey sangat asa.

Ada yang tak sempat lagi nurse ajar, dia terlebih dahulu gosok gigi dengan semangat yang jitu. Laju kemainnn. Haha. Baguslah adik nih. 

Settle latihan nih, kami dihidangkan dengan makan tengah hari yang pelbagai aneka lauk. Disebabkan orang panggil aku dengan panggilan Doktor, aku pon termasuk dalam golongan VVIP. Aku makan atas meja ngan orang VVIP kot weyh, gila aku malu. Aku student lagi kot, nak sembang apa ngan orang dewasa ? Aku amik nasi sikit gila + sambal dan ulam + ikan goreng + tembikai. Tu ja aku makan, sedih dak ? Haha. Malu ya amat.

Tapi ala kulli hal, aku dapat jugak habiskan lunch aku dengan tenang aman dan damai. Alhamdulillah.

After lunch, kami beransur pulang ke KPSP. 

Aku balik awal hari ke4 nih. Petang tu aku balik memang syahid ahh. Penat gila, penat observe. Haha.

Thanks guys for reading my post. See you.

Adik comey 1
Adik comey 2
Checkup record
Latihan gosok gigi adik2 comey 🙂
Advertisements

2 thoughts on “#DrGigiPusingKP-4

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s