Aku dan Mesir [Part 2]

Bismillah, bersambung dari Part 1.

Tak lama selepas itu, aku dapat surat tawaran untuk bidang TESL, dapat farmasi, dapat Matrik Kedah, dapat asasi sains dan fly ke Bali, Indonesia.
Amni: Jaa, ang nak jadi dentist an ? Nak apply Mesir ? Kot ahh dapat.

Aku: Mesir ? Memang tak ahh. Negara bergolak kot. Abah mesti tak kasi g. Jauh pulak tu.

Amni: Try ja, amik link nih weyh. Cer apply.

Masa aku discuss ngan mak abah, nampak lahh both of them macam keberatan nak izinkan aku fly Mesir. Mungkin tak nampak lagi camna flow dia.

Bila dapat surat tawaran, pergi taklimat, aku g orientasi. Perjalanan tu mula nampak mudah.

Cita-cita aku memang nak jadi Doktor, since dari kecik lagi. Tapi, bila perjalanan Form 1 aku mula bertapak di Maktab Mahmud Yan, impian tu seolah2 kabur.

Aku mula pikirkan Mesir dan nak amik pengajian Islam. But why ? Sebab based on result subjek agama, aku berada di 1st ranking dalam kelas putri.

Tapi, selepas aku bernekad untuk move on dari MMY, aku kuatkan hati ambil kelas sains even dah tawu susah sangat nak bawa subjek sains.

Dan… Kembali bermimpi untuk menjadi seorang doktor gigi.

Who knows kalau2 Mesir ialah perantaraan Allah untuk aku benar2 bergelar doktor suatu hari nanti.

Doktor hanya pada title. Bukan untuk bermegah, bukan untuk mengatakan aku lah yang paling hebat, apatah lagi untuk mengatakan aku memiliki gigi yang sangat cantik – sifar tampalan amalgam (hitam).

Tapi doktor, satunya2 bidang yang aku minat dan suka sejak dari aku kenal apa itu erti cita-cita dan pekerjaan.

Mungkin Mesir tak pilih aku, tapi yang pastinya aku lah yang memilih Mesir.

Dan sekarang, aku sudahpon 4 tahun di sini. Cepat sangat masa berlalu, hanya berbaki lagi setahun.

Untuk berdiri di sini bukanlah mudah. Ada saat jatuh, ada saat bangun. Ada saat gembira, ada saat sedih. Ada saat suka, ada saat duka.

Being a student is not an easy task. But you have to keep strong for your  good future.

Doakan aku dan kengkawan #DentAzharite1217 berjaya dengan cemerlang dan berjaya pulang ke Malaysia sebagai seorang graduan.

#pray4NajaaAjlaaZainuddin
#pray4mygurls
#dentistinmaking
#roadtoGrad2017

image

Take care, garnier. Bai ☺

Advertisements

2 thoughts on “Aku dan Mesir [Part 2]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s