Aku dan Mesir [Part 1]

Bismillah.

Kita pilih Mesir ataw Mesir yang pilih kita ?

Persoalan dari senior graduan Mesir buatkan aku kembali pikir.

Aku pilih Mesir ? Ataw Mesir pilih aku ?

Aku bukanlah pelajar straight A SPM. Tapi aku selalu termasuk dalam list pelajar harapan sekolah.

Dari peperiksaan pertengah tahun Form 5. Aku tercalon dalam top 50 (exactly number aku memang tak ingat dah). Cikgu usaha buat studi grup, bincang dan belajar topik, subtopik dan bahagian mana yang student susah nak score. Selalu jugak aku balik sekolah lewat. Pukul 4-5 baru muka aku sampai rumah.

Sampai ja rumah, kena sound ngan abang “Napa selalu balik lambat ? Ang dating ahh ? Jangan jaa, jangan mudah caya laki.”

Aku yang balik kepenatan terus naikkan nada suara “Nak dating ngan sapa ? Boyfriend pon takda, aku studi grup lah kat library, kalau tak caya g ahh tanya mak”

Tak sempat abang aku balas, aku dah laju melangkah ke bilik. Stress.

Selepas result trial SPM keluar, aku tercalon dalam top 20. Cikgu aturkan kem kecemerlangan dekat Hotel Harvard, Gurun. Time tu aku throwback zaman PMR dulu, sebab kem kecemerlangan PMR pon di tempat yang sama. Takyah nak terobek sangat k. Let bygone be bygone, gituuuu.

Aku budak sains tulen ditambah satu subjek elektif iaitu akaun.

BAHASA MELAYU
ENGLISH
AGAMA ISLAM
MATEMATIK
SEJARAH
ADD MATH 
BIOLOGY
CHEMISTRY
PHYSICS
AKAUN

Total semua ialah 10 subjek. Untuk dapat straight A memang lah tersangat susah bagi aku. But sokay, sebelum berperang jangan sesekali mengalah. Cikgu akaun, Puan Najah push aku dari budak yang tak reti akaun ke A akaun SPM.

Dan cikgu pernah cakap kat adik2 junior “Najaa Ajlaa tu dari tak reti akaun, mai kat cikgu nangis2 nak drop akaun, takmau amik dalam SPM sebab takut result hodoh, tapi cikgu push jugak dia sampai dapat A, hari amik result dia mai jumpa cikgu ucap terima kasih” …. Aku pon krik krik. Alaaaaa cikgu Najah, malu la itew. Haha.

Dan hari dapat result SPM, cikgu kelas aku, Puan Fauziah cakap:

Result kamu takda kat saya najaa.

Macam mana boleh takda cikgu ?

Pengetua ambil.

Tapi kenapa ?

“Diminta semua pelajar duduk dan bertenang, pengetua ada nak cakap something”… Semua pelajar berhimpun dan duduk mengadap pengetua yang sudahpon di atas pentas.

Dan aku antara top 10 student “cemerlang” *tangan di bahu mata ke atas* yang naik ambil result atas pentas. Walaupon aku tak capai target aku sebab tak dapat g Glasgow, Scotland, UK untuk bidang dentistry tapi alhamdulillah ala kulli hal, aku dapat yang terbaik jugak la antara yang paling terbaik. Haha.

Abah: tahniah, result cemerlang.

Aku: abah, takley g Glasgow *nangis depan pintu rumah*.

Abah: takley g Glasgow, kita g tempat lain.

So….. Bermulalah rentetan apply uni kerajaan, uni swasta, matrik dan kolej. Dalam negara pon okay ja, sebab pikir takda harapan dah nak fly over the sea.

image

So adik2 yang baru dapat result SPM nih, masuk U nanti, ambil lah kursus yang uolls suka. Kalau suka engineering, ambil lah engineering. Kalau suka saya, ambil lah kursus kawin. Haha. #NApickupline

Take care, garnier. Bai ☺

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s