Dikjaa, c u … ya ?!

Bismillah.

We don’t know how strong we are until being strong is the only choice we have.

Dikjaa, panggilan manja orang Misr untuk aku. Dari abang senior, kakak senior sampailah kawan satu batch, housemates, semua lah.

2 hari yang lepas, result final exam kami (batch 4th Dent Student) dah keluar.

So kengkawan yang tak balik (geng Terengganu-Ganu) pergi ke office universiti, tengok result dan hantar private message kat kami semua.

Lepas aku buka puasa, aku check whatsApp aku. Ada mesej dari Zulfa ataw I called her, Fa.

Fa: Tahniah Najaa sayang, awak … (pangkat result aku)

Jumpa awak, di Tahun 3 Pergigian sesi depan. InsyaAllah.

Hah ?! Terkejut. Sangat terkejut. Aku melompat kot lepas baca mesej dia. Terus aku g peluk mak. Mak yang baru habis amik wuduk berkata “alhamdulillah, tahniah”.

Pastu aku g jerit kat abah pulak. Haha.

Aku tengok muka mak ngan abah lega sangat dengar result aku. Lega, puas hati, seronok.

Sepanjang 3 tahun kat Misr (predental-1st year-2nd year),
Tahun ni lah tahun yang paling mencabar.
Tahun paling susah.
Tahun paling penat.
Tahun paling stress.
Tahun paling rasa nak give up.
Tahun paling rasa nak quit dan tukar course (nak jadi fashion designer, mimpi je lah).
Tahun paling banyak menangis sebab requirements kena rejected ngan Dukturah, so I need to make them again and again, owh sokay! Practice makes perfect, insyaAllah.
Tahun paling banyak menjerit time studi sampai housemates aku terkejut. First time dengar, terkejut. Second third time dengar, dah biasa dah. Haha.

Tapi tu lah, semuanya hilang bila keputusan peperiksaan diumumkan.

Alhamdulillah. Sujud syukur hanya padaNya.

Lepas tu, berderet2 whatsApp

“Congrats Dikjaa”
“Tahniah Dikjaa”
“See you next session Dikjaa”
dari kengkawan yang rapat ngan aku.

Tapi…

Cubit paha kanan, paha kiri sakit.
Ni perasaan yang aku rasa, bila ada antara kengkawan yang aku rapat kena reseat paper (exam ulangan) bulan 8 nih, dan lagi terkesan buat mereka yang kena repeat year (ulang tahun, kalau tak lulus lebih dari 4 papers).

Aku menangis. Tak tipu. Syess. Bukan menangis kegembiraan untuk result aku, tapi menangis kesedihan untuk result kengkawan aku.

Tak tertulis, tak terluah, tak tergambar perasaan aku masa tu. Berat mata aku yang memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul.

Buat kengkawan yang reseat paper, buat yang terbaik untuk upcoming exam nih. Moga berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Buat kengkawan yang kena repeat year, takda perkataan yang sesuai untuk aku susun buat kalian. Sebab diri aku rasa berat. Berat sangat. Dan lagi berat buat diri kalian. Moga diberi kekuatan oleh Allah zahir dan batin. Dan insyaAllah semuanya baik2 saja. Ya ?

Aku sertakan doa buat kesemua kengkawan. Moga kejayaan mengiringi kita semua.

Dan percayalah, Allah mesti akan tolong. Pahit macam mana sekali pon, berat macam mana sekali pon, Allah ada.

Hasbi Allah wa ni’mal wakeel.

Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi diriku dan Dia sebaik2 pelindung.

Teruslah meminta. Sungguh, kepadaNya tempat mengadu, tempat meminta, tempat berserah.

Faiza azamta, fatawakkal ala Allah, innallaha yuhibbul mutawakkilin .

Kemudian, apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakkal lah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal.
.
.
.
.
.
Dear Najaa Ajlaa Zainuddin, welcome to 3rd year of Dentistry *clinical year, okay!*

Boleh start pikir dah macam mana nak cari patients, macam mana nak deal ngan patients (orang Arab kot, mati aku. Hwaaa 😂 alaaa relax lah, keep calm).

Lepas habis rehat jetlag bagai, boleh start buka balik buku teori, revise and revise apa yang dah belajar.

Siapkan diri, fizikal dan mental, untuk hadapi tahun yang lebih tough dan mencabar serta menggila.

Sekali lagi, moga kejayaan mengiringimu, dan kesemua kengkawan.

For Allah knows better,
May He eases.

image
Aja-aja Fighting !
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s