M-U-S-Y-R-I-F

Bismillah.

#ustazK
#ustazP

Panggilan beserta hashtag yang diberikan oleh Panda House (nama bait aku – 5 dentist, 2 medic) kepada ustaz kelan*an dan ustaz pmr*mm atas beberapa kejadian.

MUSYRIF.

Atas satu sebab ini, rumah kami kena attack. Akhawat paling wanted !

Again dan again. Kami kena marah, sebab keluar malam takda musyrif.

Owh okay. Ustaz ingat cari musyrif macam cari selipar ? Keluar ja dari masjid, cari-cari terus jumpa.

————————————–

Ustazah, ustazah !

Aku terus berjalan sambil pekakkan telinga.

Ustazah, ustazah ! Jeritan ustaz makin kuat dan aku tak suka laki tak beradab. Ustaz pulak tu. Memalukan okay !

Ehh, ustaz panggil saya ke ?

Ustazah tak dengar ehh ana panggil ? Nada makin tinggi. Aku stay cool *flip tudung*

Aah, tak dengar. Napa ustaz ?

Napa kuar takda musyrif ? Mana musyrif ?

Musyrif ada tadi tapi last2 takda. Haha *gelak dalam hati*

Pembohongan tak berjaya, alasan tak diterima. Ustaz brain wash kami satu rumah. Okay. Pasrah. Makasih. Jumpa lagi ustaz.

—————————————

Abou Ella’ – musim winter dulu, kami satu rumah jenjalan kononnya nak cari sweater atau winter coat. Punya lah gamble malam-malam dari Sabik ke Abou Ella’ naik train dan tremco. Dalam 30 ke 45 minit jugak.

Napa kami tak guna musyrif ? Sebab musyrif demam, musyrif main futsal, musyrif malas, musyrif tak angkat fon, musyrif tido. (Maybe ?)

Ustazah ! Datang dari mana ? Universiti apa ? Jurusan apa ? Mana musyrif ?

Okay, macam biasa. Orang akan tolak aku untuk cakap. Haha.

Datang dari Sabik. Jurusan pergigian dan perubatan. Uni Azhar. Yakin gila aku jawab.

Dah contact musyrif pastu musyrif banyak hal. Dan kami pon malas nak guna musyrif, pluss tak selesa cari barang bila ada musyrif tunggu. Habis jujur jawapan aku.

Sambil khusyuk kami semua tokok tambah jawapan nak bagi sedap dan enak secukup rasa. Tetiba ternampak cahaya flash dari camera fon ustaz yang lain.

Dalam hati, gila biadab ustaz nih. Unit hi*bah, pmr*mm memang da kami satu rumah banned. Walaupon tu jemaah paling tertua antara yang tertua dan paling berkuasa antara yang berkuasa. Dan… Do I care ? It sounds like gila liar gadis2 mesir jalan malam takda musyrif.

But please, betolkan pemikiran. Kami bukan keluar berseorangan. Kami keluar beramai-ramai. Kami keluar dan guna jalan yang orang awam guna.

Dan the lastest, tadi. Kami kena marah ngan ustaz yang sama. Berbaju hijau, berkopiah putih, menaiki moto. Tanpa salam, tanpa senyum, terus sound.

Ustazah, dari mana dan mana musyrif ? Dan aku dengan selambanya, dari masjid nak ke HS (helmi’s son/aulad helmi, kedai beli barang).

Muka yang sama ja keluar tak guna musyrif, tak ingat ana ? Ustaz tanya sambil toleh ke housemate aku, Hanan. Lol.

Kekasih lama ke member lost contact, Nan ? Haha. Hanan gelak kuat lepas ustaz beredar.

Actually aku tak kisah pon kena sound ka kena apa ka ngan ustaz-ustaz nih. Sebab bagi aku, nak call musyrif susah gila.

Kekadang tak angkat.
Kekadang fon silent.
Kekadang da tido.
Kekadang exam.
Kekadang usrah.
Kekadang meeting.
Dan terbaru, musyrif dekat rumah kami da pon balik Malaysia. Lagi awal dari kami.

So, what do you expect ? Kalau da ada zauj takpa lah 24 jam berkepit. Ke hulur ke hilir bersama. Nih kami nih gadis2 bujang yang stay cool kot. Dari masjid, habis terawih nak g beli barang kejap ja pon. Alahai ustaz… 😵

Takkan la aku nak g tunggu musyrif kat pintu masjid bahagian ikhwah pulak. Gila malu weyh !

Nak cari imam, pergi masjid.

Betol.

Nak cari musyrif, pergi mana ?

Haha. K bai.

Takde mende ahh ustaz. InsyaAllah selamat selagi kami jalan beramai-ramai.

May Allah protect us, Panda House, forever and always.

Dear Panda House,
Fi hifzillah.
Fi amanillah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s