Gonna miss you :(

Bismillah.

Ramadhan karim, ammu šŸ™‚

Allahu akram. Nti musafir ila malazia ?

Aiwah, InsyaAllah, usbu’ qadim.

—————————-

Pejam celik pejam celik, tik tok tik tok jam berdetik, da 3 tahun aku dan kengkawan sambut awal Ramadhan kat sini.

Da 3 tahun, tak bersahur, tak berbuka dengan family.

Dan setiap kali aku on whatsApp, tiap kali tu lah mak abah tanya aku makan apa masa berbuka, makan apa time sahur. Macam mana terawih aku yang kiri kanan depan belakangnya orang arab.

I’m just fine, mom and dad. Dont have to worry.

Anak gadis 21 tahun dah. Tapi mak abah still anggap aku macam 12 tahun, budak darjah 6 nak amik upsr. Haha. Okay tawu dah 5A dalam tangan. Bahaha.

Hari-hari masak. Sahur masak, buka puasa masak. Solat terawih dengan housemates, kat masjid depan rumah. Azan isyak ja, terus cabut lari ke masjid. Takut2 penuh bahagian sayyidat dan takda ruang utk kami mencelah masuk.

Okay, terawih kali ni. Nice r. Best. Cuma kekadang macam tak selesa bila mana abla/ammah/mama kat sebelah aku duduk tak diam time solat. Dia gerak dari kiri ke kanan, goyang2, siku dia menyiku siku aku, dan tangan dia menghentak/tertampar tangan aku.

Okay, kusyuk aku taklah sekusyuk para sahabat zaman dahulu. Tapi bila terjadi situasi camni, aku terus asa cam… Gila kau terganggu kot ! Grrr !

Tak tahan, tapi sabar itu perlu.

8 rakaat dah pon habis. Bangun utk solat witir. Dan housemate aku sanggup tukar posisi solat dengan aku bila aku cakap aku tak selesa.

Tengok ! Gila ithar dia pada aku. Ithar dan sayang serta memahami. Haha. So 3 rakaat witir yang berbaki, ku rasakan ketenangan mulai hadir dalam hati. Alhamdulillah.

Duhai Mesir, aku akan selalu merinduimu. Selalu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s